Sat11182017

LAST_UPDATEFri, 17 Nov 2017 11pm

"Bila Lisda Marah Anak-anak, Saya Pujuk" - Fauzi Nawawi

Foto oleh Faisol Mustafa.Foto oleh Faisol Mustafa.

Kalau bercakap tentang ibu tiri pasti gambarannya ialah seorang wanita yang garang dan suka memukul anak tiri. Namun bukan semua wanita yang bergelar ibu tiri, sifatnya begitu. Bagi pelakon Fauzi Nawawi, dia mengakui isterinya Lisdawati memang tegas dalam mendidik anak-anaknya.

"Bila saya bawa anak-anak saya ke rumah saya dan Lisda, walaupun anak itu bukan anak-anak kandung lisda, saya dah anggap itu tanggujawab Lisda sebagai seorang ibu. Jadi apabila dia mendidik anak-anak saya, saya akan melihat, apabila dia marah mereka saya yang akan memujuk anak-anak saya", kata Fauzi Nawawi kepada malaysiandigest.com ketika ditemui.

Fauzi diminta mengulas mengenai dakwaan dia hanya berdiam diri setiap kali aktres itu bersikap tegas terhadap anak-anaknya.

Menurut Fauzi, dia bukan berdiam diri sebaliknya mereka suami isteri mengambil pendekatan saling bertolak ansur dan sentiasa peka juga perlu tahu cara bagaimana untuk mengambil hati anak-anak. 

"Ya, Lisda memang tegas dalam mendidik anak-anak. Saya, di rumah memang banyak buat kelakar walaupun dalam drama atau filem saya selalu berlakon watak jahat, jahat. Di rumah, saya dengan anak-anak lebih rapat.

"Lisda pula boleh dikira seorang mama yang disegani dan ditakuti di rumah. Kalau dia marah, tak kira lah yang besar atau yang si kecil semuanya akan berlari kepada saya.

"Tapi kalau mood dia baik, saya pula yang garang. Jadi anak-anak akan rasa mereka sentiasa ada tempat bergantung. Kalau dua dua marah, tak jadi apa lah nanti..", ujarnya.

Fauzi mempunyai enam orang cahaya mata. Hasil perkahwinan terdahulu dia dikurniakan empat orang iaitu Hainal Fatiha, 17, Fariz Hazwan, 16, Hana Farisha, 14, dan Fikri Hakimi, 11. Manakala sudah enam tahun mendirikan rumah tangga bersama Lisda mereka dikurniakan dua puteri iaitu Nor Aini Farhana, 4, dan Nor Aina Fazneesya, 3.

Sementara tu dalam perkembangan lain, Fauzi sibuk mengusahakan syarikat miliknya Illusion Coorperation Sdn Bhd yang menjalankan penerbitan filem, filem fiksyen dan acara.

"InsyaAllah filem pertama terbitan syarikat saya berjudul Pak Pong akan ditayangkan pada bulan Jun ini. Saya juga akan mengarahkan filem yang kedua bertajuk Mikel. Penggambaran akan dijalankan April ini yang mana melibatkan para pelakon Malaysia dan Thailand.

"Selan itu, syarikat kami juga sedang sibuk dengan persiapan untuk acara Larian Suwaiba", katanya.

- mD