Sat11252017

LAST_UPDATESat, 25 Nov 2017 2am

Shila, Tak Payah Nak Hipokrit! - Sharnaaz Ahmad

..

Belum pun selesai persengketaan di antara dia dan bapa kekasihnya, Shila Amzah iaitu ND Lala, kini Sharnaaz seolah-seolah mencetuskan pula 'perang' buat sekian kalinya dengan teman wanita yang dicintainya itu. Panasss...

Ini berikutan reaksi dan kenyataan balas Sharnaaz apabila diminta mengulas berhubung kenyataan Shila, berhubung kemelut yang mereka alami.

Tak payah nak hipokrit!," kata Sharnaaz Ahmad dengan tegas seperti yang dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Shila yang kini berada di kota Shanghai, tampil menerusi satu kiriman surat menyatakan permohonan maafnya di atas apa yang berlaku antara Sharnaaz dan bapanya. Surat tersebut dikirimkan menerusi e-mel kepada pihak media, awal malam semalam.

Menerusi kenyataannya itu, Shila, 23, tidak menyalahkan mana-mana pihak. Namun sebagai anak dan kekasih, dia mengharapkan segala kekusutan yang timbul segera berakhir.

Bagaimanapun, Sharnaaz, 28, mengakui tidak tahu menahu mengenai e-mel dari kekasihnya itu.

"E-mel apa pula ni? Saya tak tahu apa-apa dan malas nak layan. Semuanya propa saja!

"Saya tak nak ambil tahu kerana kesudahannya, saya juga akan dipersalahkan. Lebih baik saya mengambil keputusan berdiam diri dan fokus dalam kerjaya.

"Buat masa ini, saya hanya fikir kerja saja. Yang lain, saya malas nak fikir. Terpulanglah pada dia (Shila) nak buat apa sekalipun. Saya tak nak ambil tahu lagi," tegasnya.

Dalam pada itu, Sharnaaz juga berkata dia terpaksa membatalkan hasratnya merisik Shila pada Mac ini.

"Saya tidak akan hantar rombongan merisik. Saya sendiri pun tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini.

"Saya tak pasti dan hanya berserah," kata pelakon drama Bukan Bidadari ini.

Tatkala diminta memberikan penjelasan apakah hubungannya dengan Shila sudah berakhir, Sharnaaz bagaimanapun enggan mengulas perkara tersebut.

"Seperti yang saya katakan, saya dah malas nak layan semua ni lagi. Saya tak nak bercakap tentang dia (Shila) lagi," katanya.

 

Baca Lagi Artikel berkaitan :

Shila Hamzah Menangis Kerana Sharnaaz Ahmad

Shila Amzah Juara Asian Wave 2012

Shila Amzah Menang Besar AIM19

Isu Cium Tangan Sharnaaz: Saya Terlalu Teruja, Maaf - Shila Amzah

Sharnaaz Marah Taufik Batisah, Merajuk Dengan Shila Amzah?

Shila Amzah Tinggalkan Sharnaaz Ahmad

Shila Amzah Mengaku Buat Silap, Sharnaaz Lamar Jadi Isteri

"Sharnaaz Tolong Jangan Biadab!" - Bapa Shila Amzah

Shila Amzah Kirim Surat Minta Maaf 

Shila Amzah Juara Asian Wave 2012

- mD