Mon11202017

LAST_UPDATEMon, 20 Nov 2017 2am

Dedah Dada, Lengan: "Hak Saya Nak Seksi" - Siti Fazurina

..

Lepas satu-satu kontroversi yang terpalit pada pelakon Siti Fazurina atau Nina. Belum reda mengenai isu kahwin lari dan perkahwinan tidak direstui keluarga, aktres yang mula popular menerusi drama bersiri Dunia Anita ini sekali lagi dikecam segelintir pihak kerana dikatakan tidak bertudung pada majlis resepsiya yang berlangsung di Setia Pearl Island Country Club, Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Biarpun ada yang mengatakan Fazurina mengenakan turban, Nina tetap dikritik hebat gara-gara memakai busana moden berona putih yang kelihatan jarang sehingga mendedahkan sebahagian dada serta lengannya. Sekaligus gayanya itu nampak tidak manis sedangkan dia kini sudah pun membawa imej sebagai selebriti yang bertudung.

“Kalau boleh saya tak nak isu ini diperbesarkan. Memang saya pakai turban ketika itu dan saya dah rancang nak pakai turban dari awal lagi untuk majlis resepsi. Cuma di saat-saat akhir saya mengambil keputusan untuk menampakkan sebahagian ‘fringe’ saya. Mengenai baju pula, saya memang nak pakai baju itu dan kalau diikutkan, dari jauh baju itu memang tak nampak jarang,” kata isteri kepada Muhammad Hykal Zulkifli ini seperti yang dilaporkan portal gua.com.my.

Walaubagaimanapun, Nina memohon maaf kepada pihak yang kurang senang dengan penampilannya itu. Menurut Nina lagi, dia saya sendiri suka penampilan sebegitu. Tidak mahu ambil pusing dengan kata-kata orang, baginya apa yang penting, dia merasa puas dengan apa saja keputusan yang dibuat.

altalt

"Saya agak rimas bila isu ini diperbesarkan. Jika ada pihak yang nak mencari kesalahan saya, saya tak kisah kerana bagi saya, kesilapan saya, Allah yang nilai, bukannya manusia. Jika saya nak seksi, itu hak saya,” jelasnya lagi.

 

-kredit foto: Azzaharry Othman, jurugambar rasmi majlis resepsi Fazurina - Haykal.

 

{ Baca lagi: Keluarga Terkejut & Kecewa Siti Fazurina Kahwin Lari

                     Isu Kahwi Lari: Siti Fazurina Jelaskan Segala-galanya

                    Ibu Dedah Pernikahan Siti Fazurina Tidak Sah! }

 

- mD