Thu11232017

LAST_UPDATEThu, 23 Nov 2017 7pm

Panasss! Gaya Berani, Seksi Nabila Huda Untuk Glam Lelaki

..

“This girl is on fire!”. Siapakah gadis itu? Ya, dia Nabila Huda atau mesra dengan panggilan Abil. Memenuhi mood yang diketengahkan majalah popular, Glam Lelaki kali ini, aksi dan gaya Nabila huda sebagai penghias muka depan, sekilas pandang persis supermodel. Wow!

Untuk edisi Februari 2013, Abil telah digandingkan dengan model kacak, Jhony daripada pusat Andrews Model. Kedua-duanya kelihatan sungguh serasi dan ‘hot.’

Sepertimana yang ramai tahu, Abil memang tak pernah kalah baik dari segi ekpresi mood juga gaya penampilan yang seksi. Menerusi foto yang dipaparkan, aura seksi dan berani aktres berbakat ini kelihatan terserlah tatkala memperagakan set pakaian daripada jenama CHANEL bagi koleksi musim bunga panas 2013 dan missoni musim panas 2013.

..

Penampilan ibu beranak satu ini bertambah memukau dengan adanya sentuhan lembut solekan daripada Emmy Agung Yusshaimi.

Glam Lelaki edisi kali ini akan mengupas pelbagai isu-isu menarik, antaranya adalah pelajari 16 stail terbaik jeans, ketahui siapakah model melayu paling seksi, seks dalam budaya, tema paling berkesan menjual filem, muzik serta jenama.

Dan... ketahui luahan hati sebenar Nabila Huda secara ekslusif menerusi isu “This girl is on fire!”

..

Boleh dapatkan majalah ini dipasaran sekarang!


- mD