Mon11202017

LAST_UPDATESun, 19 Nov 2017 10pm

Nur Fathia Tawan Hati Keith Foo

..
Mungkin ramai yang kurang mengenali Keith Foo, seorang pelakon juga model kelahiran Malaysia dan kini sudah lapan tahun sukses menempa nama di persada seni Indonesia. Khabarnya Keith sudah mempunyai kekasih, seorang aktres di Indonesia. Namun cintanya mula beralih pelakon tanah air, Nur Fathia. Sikap lemah-lembut Nur Fathia membibitkan rasa cinta di hati Keith.

Bagaimanapun jangan salah sangka kerana rasa cinta Keith terhadap Nur Fathia hanyalah dalam drama terbaru gandingan pertama kali mereka berdua berjudul, Dalam Setiap Sujud

Membawakan watak Hendra (Keith Foo) yang kehilangan isterinya dalam peristiwa letusan Gunung Merapi di Yogyakarta. Kehadiran Jannah (Nur Fathia), sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya yang bernama Ilah.

Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah (Rozie Othman) yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering sahaja tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital. Puan Endah yang juga bekas majikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (Azlee Khairi).

..
Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya itu tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudahpun mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza UI Haq). Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan kedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya. Tetapi atas desakan Puan Endah, Fareez terpaksa akur dan menerima pilihan ibunya itu jika tidak dia akan kehilangan semua harta keluarganya. Sejak itu Fareez berjanji akan membuatkan Jannah tersiksa dengan hidup bersamanya. 

Bagaimana pula dengan Hendra yang jauh di Indonesia tapi tidak pernah sedetik pun melupakan Jannah?

Bersiaran selama 14 episod, drama yang diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi yang meragut ratusan nyawa di Yogjakarta ni turut dibantu pelakon baru seperti Elfaeza Ul-Haq, Syatilla Melvin dan Aidil Aziz serta pelakon berpengalaman seperti Rozie Othman, Watie Sadali, Mak Engku dan Idris Md Diah.

Jangan lupa untuk mengikuti Dalam Setiap Sujud mulai 8 Januari 2013, setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam setiap hanya di TV9!


- mD