Thu11232017

LAST_UPDATEThu, 23 Nov 2017 7pm

"Kalau Qi Tak Suka, Saya Minta Maaf" - Sharnaaz Ahmad

Sharnaaz dan Nelydia sewaktu di sidang media drama 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta', baru-baru ini.Sharnaaz dan Nelydia sewaktu di sidang media drama 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta', baru-baru ini.

Walaupun baru-baru ini beliau mengumumkan mahu bersara daripada dunia lakonan tanah air ekoran tidak habis-habis dikaitkan dengan kisah kontroversi, namun hari ini nama pelakon Sharnaaz Ahmad sekali lagi menjadi bualan ramai. Lebih hangat kali ini Sharnaaz dikatakan  menjadi punca hubungan pasangan ideal Qi Razali, 35 dan Nelydia Senrose, 19, berantakan.

Tidak ada angin tidak ada ribut, hubungan Qi dan Nelydia dikatakan tiba-tiba bermasalah gara-gara sekeping gambar telah dimuat naik oleh Sharnaaz di Instagram miliknya. Gambar tersebut adalah gambar Sharnaaz bersama Nelydia.

Tambah membuatkan bekas hos Jalan-Jalan Cari Makan itu bengang dan kecewa adalah kerana kapsyen yang ditulis oleh Sharnaaz yang berbunyi, "Tak payah pening-pening, dah depan mata" - menunjukkan seolah-olah dia dan Nelydia ada hubungan istimewa.

Gambar yang dimuat naik oleh Sharnaaz di Instagram miliknya, semalam. Gambar inilah yang didakwa membuatkan kekasih Nelydia iaitu Qi berasa kecewa.Gambar yang dimuat naik oleh Sharnaaz di Instagram miliknya, semalam. Gambar inilah yang didakwa membuatkan kekasih Nelydia iaitu Qi berasa kecewa.

Bagaimanapun Sharnaaz berkata, dia terkejut dengan status Qi itu. Jelasnya lagi, kapsyen tersebut sebenarnya adalah dialog dari babak dalam drama yang sedang dilakonkan oleh dia bersama Nelydia yang berjudul, Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

"Saya tak tahu apa-apa pasal status Qi itu. Saya terkejut. Nely tak ada dengan saya sekarang. Ni pun tengah tunggu dia untuk penggambaran ('Bukan Kerana Aku Tak Cinta') sekejap lagi", katanya yang dihubungi sebentar tadi.

Sharnaaz kemudian menyambung,

"Gambar yang saya post tu adalah gambar kami kat set penggambaran dan itu adalah dialog dalam drama tu. Saya tiada niat apa-apa. Saya cuma nak promosikan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Itu saja.

"Saya faham perasaan Qi. Saya tak nak besar-besarkan cerita, sebab sekarang asyik saya jer kena game. Saya macam dah tak boleh rapat dengan sesiapa dah sekarang ni. Tapi tak apa lah, ini pun isu yang terakhir (sebelum bersara tak lama lagi).

"Kalau dia (Qi) tak suka, saya minta maaf. Kejap lagi saya jumpa Nely, kalau dia suruh saya delete gambar tu, saya delete lah", kata Sharnaaz yang dihubungi sebentar tadi.

Sharnaaz menjelaskan sedemikian apabila diminta mengulas mengenai status Qi Razali yang ternyata cemburu gara-gara Sharnaaz bergambar bersama buah hatinya itu.

Pada pagi ini, Qi menerusi akaun Twitternya telah memuat naik beberapa status seakan meluahkan perasaan kecewa terhadap sesuatu.

Qi secara tiba-tiba menulis kemaskini seperti ‘Celik- celik dah depan mata. Tak payah pening-pening dah. Good luck to both of you’ dan ‘Menerima hakikatnya, Redha’, sebelum dia memadam sebahagian daripada status yang telah dikongsikan.

Sebelum itu pada malam tadi, Qi juga telah berkongsi sekeping foto gelap berwarna hitam berserta caption ‘Because a picture and a caption can kill you sometimes…’ pada malam tadi dipercayai mempunyai kaitan dengan kemaskininya di Twitter pagi ini.

Qi dan Nelydia mula berkawan sejak sama-sama berlakon dalam drama Friday I’m In Love sekitar tahun lalu dan hubungan tersebut mula menjadi lebih rapat sejak awal tahun ini. Beberapa bulan lalu laporan media ada menyebut, akhirnya pasangan ini mengaku yang mereka sedang ditahap serius bercinta.

Diharapkan dengan penjelasan Sharnaaz itu, segalanya akan kembali seperti sedia kala. Mungkin ini satu salah faham. Tak salah kalau Qi nak cemburu. Sebab Nelydia adalah buah hatinya, dan cemburu itu tandanya sayang, kan.

Tapi adalah lebih baik kalau perkara di selesaikan diantara mereka sahaja. Kalau diluahkan di laman sosial, bila semua orang tahu, maka ianya mungkin boleh jadi lebih keruh. Qi pun seorang pelakon, jadi tentunya dia lebih faham kerjaya seorang pelakon.

Qi Razali bersama kekasihnya Nelydia Senrose.Qi Razali bersama kekasihnya Nelydia Senrose.

 

- mD