Sat11182017

LAST_UPDATEFri, 17 Nov 2017 11pm

Saya Teruja Dengan Adi Putra, Terkejut Terima Gambar Lucah - Nooraida

Kredi foto Faisol Mustafa.Kredi foto Faisol Mustafa.

Wanita berstatus isteri orang, Nooraida Abdul Mutalib, 30, yang dikaitkan dengan kes skandal Adi Putra akui cukup meminati aktor tersebut.

Namun dia terkejut dan tidak menyangka pada sekitar Julai lalu, dia boleh menerima beberapa keping gambar lucah yang dipercayai dikirimkan oleh Adi Putra selepas baru seminggu mereka berkenalan, menerusi laman sosial Instagram.

"Mula-mula tu dia hantar gambar selfie dan individu dalam gambar itu dipercayai adalah dia. Masa kali pertama dapat tu saya sangat teruja dan seronok.

"Kemudian dalam dua tiga hari, dia hantar pula beberapa gambar lucah dan individu dalam gambar tu dipercayai adalah dia. Reaksi pertama saya, saya terkejut. Saya tak minta gambar-gambar seperti itu. Dan saya pula tak hantar gambar bogel pada dia.

"Bila dah tengok keadaan macam tu, saya dah berhenti daripada berborak dengannya menerusi Wassap. Tapi Adi pandai pujuk saya, dia mina maaf. Dan pada ketika itulah suami saya dapat mengesan perbualan-perbualan antara saya dan Adi Putra", kata Nooraida ketika ditemui pada satu sidang media khas di sebuah hotel terkemuka di ibukota, semalam.

Pada sidang media itu tersebut dibuat kerana dia dan suaminya tidak berpuashati dengan siasatan yang telah dibuat oleh pengawai penyiasat yang mengendalikan kes tersebut.

Diminta mengulas mengenai tidakkah dia berasa malu seandainya kes tersebut menjadi kes mahkamah sekaligus segala hal dan aib mereka suami isteri akan terbongkar.

"Saya dah biasa dikutuk. Selama empat bulan ini saya okay saja. Saya tak peduli kata-kata negatif daripada masyarakat. Saya akui menyesal dengan perbuatan saya dan sekarang rasa minat saya terhadap dia hanyalah biasa-biasa saja", ujarnya.

Pada 5 September lalu, Adi dikatakan saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan menerusi laman sosial Instagram. Kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui WhatsApp sejak 29 Julai lalu.

Suami kepada Nooraida telah mengesan hubungan mereka selepas dia terbaca SMS (khidmat pesanan ringkas) ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Jalan Skudai-Pontian, awal Ogos lalu sehingga mendorongnya membuat laporan polis. Difahamkan pihak polis telah merampas telefon bimbit milik mereka untuk dihantar ke makmal untuk tindakan selanjutnya.

 

Adi Putra Belum Selamat
Pada masa sama suami Nooraida, Amiruddin Othman yang berada di sisi isterinya itu berkata, dia tidak berdiam diri dan akan memastikan kes tersebut akan dibuka semula untuk mendapat keadilan.

"Sebelum ini saya ada menghubungi Adi dan mahu berjumpa dengan dia. Niat saya nak bersemuka dan bercakap secara lebih profesional. Saya juga memberi Adi tempoh masa untuk meminta maaf, tetapi dia tidak berbuat demikian.

"Begitu juga dengan kes ini, dia berasa selamat kerana kes ditutup tetapi bagi saya anggap perjalanan masih jauh lagi. Sekurang-kurangnya dia perlu mengaku dengan kesalahan dia dan selebihnya biarlah hak pendakwaan yang menentukan," katanya.


- mD