Wed04162014

LAST_UPDATEWed, 16 Apr 2014 9pm

Dira Abu Zahar Keguguran Setelah Hamil 6 Minggu

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.Dek kerana sibuk dengan penggambaran, pelakon Dira Abu Zahar memberitahu dia tidak sedar dirinya hamil sehingga disahkan oleh doktor selepas terdapat ketulan darah keluar sewaktu dia di set lokasi.

"Pada bulan lalu saya sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Kemaman, Terengganu. Ketika itu, saya sedar sudah lewat datang bulan beberapa hari, namun saya tidak mengendahkannya dan beranggapan tiada sebarang masalah yang berlaku.

"Kemudian ketika saya sibuk bekerja, terdapat ketulan darah yang keluar dan saya terus dinasihatkan menjalani pemeriksaan di klinik. Selepas itu, penjelasan yang diberikan doktor agak mengejutkan saya", katanya seperti yang dilaporkan Kosmo! hari ini

Dalam laporan sama juga menyebut, menurut Dira, doktor menjelaskan yang dia sebenarnya telah hamil kira-kira enam minggu, tetapi kandungannya itu tidak dapat diselamatkan kerana saya telah mengalami keguguran.

"Sudah tentu saya berasa sangat terkejut dan tidak sangka berbadan dua. Pada masa yang sama agak sedih dan kecewa kerana hasrat untuk mendapat cahaya mata kedua tidak kesampaian. Apa pun, saya tetap reda dengan dugaan ini", katanya.

sumber : Kosmo!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Template Design шаблоны Joomla