Sun04202014

LAST_UPDATESun, 20 Apr 2014 1pm

Rita Rudaini Lebih Suka Hero Matang

Setelah hampir 7 tahun tidak muncul menerusi lakonan di layar perak, Rita Rudaini kembali dalam 'Balistik' berganding dengan Datuk Rosyam Nor. Kredit foto Faisol MustafaSetelah hampir 7 tahun tidak muncul menerusi lakonan di layar perak, Rita Rudaini kembali dalam 'Balistik' berganding dengan Datuk Rosyam Nor. Kredit foto Faisol Mustafa

Aktres jelita Rita Rudaini akui lebih suka jika dia digandingkan dengan pelakon lelaki yang sebaya atau sedikit berusia daripadanya baik dalam drama mahupun filem.

"Saya lebih suka hero yang matang. Saya suka kalau pasangan saya dalam sesebuah filem atau drama tu seorang yang matang. "Macam Rosyam, saya dah biasa berlakon dengan dia. Saya dah tahu macam mana cara dia. Begitu juga dengan Adi. Kami tak ada banyak masalah di set. Macam yang kita tahu, kedua-duanya ada karisma tersendiri", katanya yang bakal muncul menerusi filem Balistik, memengang watak sebagai Salina.

Balistik (kelajuan peluru), merupakan filem terbaru Rita selepas kali terakhir menerusi lakonan dalam filem Cinta kira-kira 7 tahun lalu. Karya arahan Silver Chung ini turut menampilkan Datuk Rosyam Nor dan Adi Putra sebagai teraju utama.

Filem yang menelan kos RM2.5 juta ini bakal ditayangkan dipawagam mulai 9 Januari 2014.

Begitupun kata ibu kepada dua cahaya mata ini, akhir-akhir ini beliau ada menerima tawaran filem tetapi kebanyakannya menuntut Rita memenghidupkan watak komedi.

Tambahnya, sejak beliau menjiwai karakter 'air mata' juga drama-drama cinta dalam beberapa tahun ini , Rita akui sudah tidak lagi selesa lagi untuk membawakan watak kelakar.

"Ada tawaran... tapi banyak yang tawarkan saya watak komedi. Kalau dulu masa zaman Anak Mami saya boleh lagi terima. Tapi sekarang ni saya rasa dah tak selesa nak bawakkan watak sebegitu. Saya rasa dah tak boleh lagi nak hidupkan karakter kelakar, rasa nampak dibuat-buat. Daripada jadi macam tu nanti, baik saya tolak", ujarnya yang pernah membintangi filem komedi Anak Mami The Movie.

Buka Butik

..


Perkembangan lain, Rita yang baru saja selesai menjalani penggambaran drama Istihaj Cinta kini sibuk dengan perniagaan produk kosmetiknya, RS Collagen. Selain itu, beliau juga sedang merancang untuk membuka sebuah butik pakaian waita pada tahun depan.

"Alhamdulillah, bisnes kosmetik semakin dapat sambutan. Kita nak lancarkan lagi dua produk terbaru awal Januari nanti. Saya juga tengah merancang nak buka butik pakaian wanita. InsyaAllah, dalam tahun depan", katanya.


- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Template Design Joomla