Sun04202014

LAST_UPDATESun, 20 Apr 2014 3pm

Pesta Muzik Percuma 8 Jam Tanpa Henti di Janda Baik!

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.

StesenSENI dengan kerjasama ULTRA 101.3FM dan Riwayat Records akan menganjurkan satu festival bertujuan memupuk kesedaran masyarakat terutamanya remaja tentang peri pentingnya amalan cara hidup sihat dan perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

Janda Baik dengan anugerah alam semulajadi yang indah dan terjaga telah dipilih sebagai lokasi festival kali ini kerana mempunyai ciri-ciri yang amat sesuai untuk diketengahkan sebagai salah satu destinasi utama pelancongan eko di Malaysia.

Justeru, penganjuran Eco Fest 2013 ini dirasakan amat bertepatan dengan aspirasi kerajaan dan masyarakat terutamanya remaja yang bertujuan mempromosikan kehidupan sihat dan positif, seterusnya memperkenalkan Janda Baik sebagai salah satu destinasi pilihan untuk pelancongan di Malaysia.

Eco Fest 2013 akan diadakan pada hari Sabtu, 28 Disember 2013 bertempat di Padang Awam Janda Baik, Bentong, Pahang.

Beberapa aktiviti menarik telah dirancang seperti pertandingan bola sepak sembilan sebelah yang akan disertai oleh pasukan dari Kakitangan Frenz United FC, Janda Baik FC, Utusan dan RTM, juga persembahan artis-artis popular tanahair seperti Najwa Latif, Azlan & The Typewriter, Altimet, Awi Rafael, Nitrus, Pesawat, Bunkface, Waris dan lain-lain dalam konsert yang akan bermula seawal jam 3.00 petang pada hari tersebut. Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan lagi festival ini.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

Template Design Joomla