Fri04182014

LAST_UPDATEFri, 18 Apr 2014 11am

Anugerah Meletop ERA Serah Kuasa 100% Pada Penonton

Nabil, Neelofa dan AC Mizal menggalas tanggungjawab bersama sebagai pengacara Anugerah MeLetop ERA. Kredit foto Faisol Mustafa.Nabil, Neelofa dan AC Mizal menggalas tanggungjawab bersama sebagai pengacara Anugerah MeLetop ERA. Kredit foto Faisol Mustafa.

Anugerah MeLetop ERA yang bakal berlangsung pada Februari depan, memberi kuasa sepenuhnya kepada para peminat untuk menentukan calon Top5 dan juga pemenang bagi kesemua 16 buah kategori pencalonan yang dipertandingkan.

Menurut Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, hak tersebut adalah sebagai memenuhi citarasa para penonton. Selain itu, menerusi palfortm ini, orang ramai dapat menunjukkan sokongan padu dengan menghantar undian untuk memilih calon-calon kegemaran untuk setiap kategori yang dipertandingkan.

"Pihak kami memberi kuasa 100% kepada peminat untuk mengundi. Hak ini sebagai menghargai penonton setia MeLetop sekaligus memenuhi citarasa mereka. Disamping, orang ramai dapat menunjukkan sokongan padu mereka untuk memilih calon-calon kegemaran bagi 14 kategori yang dipertandingkan", katanya pada sidang media pengumuman anugearh tersebut di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, semalam.

Anugerah MeLetop ERA bakal megiktiraf dan menghargai bakat dan karya kreatif penggiat industri seni hiburan tanah air merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem, digital serta serantau.

Setiap penyertaan yang tercalon telah dinilai oleh para juri jemputan khas yang berpengalaman sekaligus bertanggungjawab untuk memilih dan menyenarai pendek calon-calon dalam setiap kategori yang diumumkan.

Senarai 1 kategori tesebut ialah Lagu MeLeTOP, Penyanyi MeLeTOP, Grup/Duo MeLeTOP, Program Radio MeLeTOP, Penyampai baru radio MeLeTOP, Filem MeLeTOP, Bintang Filem MeLeTOP, Program TV MeLeTOP, Bintang TV MeLeTOP, Bintang Siber MeLeTOP, Couple MeLeTOP, Artis Baru MeLeTOP, Fesyen MeLeTOP dan Artis Serantau MeLeTOP.

Talian undian fasa pertama untuk menyearai pendek calon lima terbaik daripada 20 percalonan yang telah tersenarai kini dibuka kepada orang ramai bermula 19 Disember (semalam) hingga 10 Januari 2014.

Orang ramai boleh mengund melalui dua cara iaiaitu menerusi khidmat undian secara online di tiga buah laman sosial iaitu www.meletop.com.my, www.facebook/meletop dan www.facebook.com/erafm ataupun melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Bakal berlangsung pada 8 Februari 2014, Anugerah MeLetop ERA juga bakal menyaksikan tiga selebriti terkenal tanah air yang tidak asing lagi iaitu AC Mizal, Nabil Ahmad, dan Neelofa menggalas tanggungjawab brsama sebagai hos dalam acara yang julung-julung kali dianjurkan ini.

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Template Design Joomla