Fri04252014

LAST_UPDATEFri, 25 Apr 2014 3pm

Pekin Nikah Tahun Depan, Keluarga Tak Benarkan Dedah Tarikh

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.

Setelah hubungan dengan buah hatinya, Uqasha Senrose, 21, kembali pulih, pelakon Pekin Ibrahim, 32 nampaknya tidak mahu menunggu lama lagi untuk menyunting aktres itu sebagai isterinya yang sah.

Beritahu Pekin kepada pihak media, tarikh pernikahannya sudah ditetapkan. Bagaimanapun pihak keluarganya tidak membenarkan dia mendedahkan pada umum.

"InsyaAllah kami akan kahwin tahun depan. Tarikhnya dah ada tapi famili tak bagi dedahkan", kata Pekin Ibrahim ketika ditemui pada malam previu filem Tokan bertempat di e@curve, malam tadi.

Pekin dan Uqasha mula menjalinkan cinta sekitar awal tahun ini. Kemudian pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 6 Julai lalu.

Bagaimanapun pada Oktober lalu pasangan kekasih mencetuskan kontroversi. Menerusi laporan sebuah akhbar menyebut, Pekin mendakwa tunangya itu mempunyai hubungan sulit dengan pelakon Sharnaaz Ahmad sehingga menyebabkan ikatan pertunangan mereka hampir berakhir. Namun selepas hampir dua minggu bergaduh besar gara-gara hal itu, Pekin dan Uqasha kembali berbaik semula.

Dalam pada itu Pekin berkata dia bersyukur kerana sejak akhir-akhir ini dia tidak putus-putus tawaran berlakon. Terbaru, dia bakal muncul dalam filem Tokan.

Dalam filem arahan Ghaz Abu Bakar itu, Pekin membawakan watak pengawal peribadi Tuan Kamil (lakonan Wan Hanafi Su), yang merupakan seorang tokan terbesar di Melaka. Filem tersebut bakal ditayangakan pada 26 Disember ini.

"Alhamdulillah, mungkin ni rezeki nak kahwin. Saya baru selesai menjalani penggambaran filem seram berdasarkan kisah benar berjudul Villa Nabila, arahan Syafiq Yusof.

"Selain itu, saya sedang menantikan tayangan filem Apokalips, Tujuh dan Rentas yang bakal ditayangkan tahun hadapan", katanya.

- mD

 

 

 

 

 

 

 

Template Design Joomla