Thu04242014

LAST_UPDATEThu, 24 Apr 2014 2pm

Neelofa Beli Kamera Ala CCTV Untuk Persiapan Tinggal di LA

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.Selama ini dia tidak pernah tinggal berseorangan di rumah. Namun mahu tak mahu, mulai Januari depan aktres jelita Neelofa, 24, terpaksa membiasakan diri tinggal berseorangan dan jauh daripada keluarga sepanjang mengikuti pengajiannya di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Disebabkan dia tidak ditemani oleh sesiapa, Neelofa mendedahkan dia telah membeli sebuah kamera ala kamera litar tertutup (CCTV). Ini kerana akui heroin filem Azura ini, dia tidak berani kalau bersendirian di rumah sepanjang tinggal di sana nanti.

"Saya ni takut kalau tinggal seorang diri. Kalau kat rumah, memang saya tak biasa tinggal seorang diri. Tapi itulah... saya kenalah biasakan juga. Sebenarnya saya takut hantu", katanya sambil tergelak dan kemudian menyambung,

"Apa yang saya buat, saya dah siap beli kamera. Kamera tu macam ala kamera CCTV dan boleh di sambung pada telefon bimbit.

"Kat sana kalau malam, di sini siang, kan. Jadi kalau waktu saya tidur nanti, famili saya akan pantau saya menerusi telefon. Saya takut lah kalau ada apa-apa berlaku kan masa saya sedang tidur", katanya sambil tertawa kecil.

Neelofa yang ditemui pada sidang media Anugerah MeLetop ERA mendedahkan perkara tersebut ketika ditanya mengenai persiapannya bakal berangkat ke Amerika Syarikat pada 27 Disember ini.

Sepanjang selama sebulan di sana, Neelofa akan mengikuti kursus jangka pendek di Sekolah Filem dan Lakonan Akademi New York (NYFA).

Begitupun pengacara program MeLetop ini teruja untuk memulakan pembelajarannya di sana. Sekaligus dia berharap sekembalinya nanti ke tanah air pada awal Februari nanti, dia dapat menyumbang sesuatu menerusi karier lakonanya.

"Dalam seminggu saya kelas sebanyak 35 jam. Saya teruja tak sabar nak mulakan kelas di sana. Tambahan saya dah diberi sedikit gambaran oleh pihak akademi tentang bagaimana suasana pembelajaran di sana nanti. Saya rasa tak ada masalah dan harap semua berjalan lancar.

"Saya harap bila balik nanti dapat lah bawa balik ilmu berguna dan dapat pertingkatkan mutu lakonan saya. Saya juga ada bertanya serba sedikit kepada Diana Danielle tentang keadaan di sanakerana dia pernah belajar di akademi tersebut", ujarnya.

Rela Dikritik

..

Sementara itu, mengulas mengenai tanggungjawab yang diberikan padanya sebagai hos Anugerah MeLetop ERA, Neelofa berkata dia sangat gembira.

Memandang dia juga merupakan pengacara program Meletop sekaligus memberi kelebihan kepadanya kerana cara penyampaiannya pada malam itu tidak jauh beza dengan apa yang dilakukan sewaktu mengendalikan program MeLetop, pada setiap minggu.

"MeLetop dah sebati dengan saya. Lagipun pada malam tu nanti penyampaian saya tak jauh beza macam apa yang saya buat setiap minggu", katanya yang akan bergandingan bersama dua lagi hos iaitu Dato' AC Mizal dan Nabil Ahmad.

Dalam pada itu, Neelofa juga berkata dia sudah bersedia seandaianya dia menerima kritikan daripada mana-mana pihak mengenai penyampaiannya pada malam itu nanti.

"Abang AC Mizal ada beritahu saya, dia dah 20 tahun jadi pengacara, pun sampai sekarang masih terima kritikan. Bagi saya kritikan tetap akan ada. Ibarat 10 benda baik kita buat, tapi kalau satu jer yang nampak buruk, orang akan lebih bercakap tentang keburukan tersebut.

"Kita memang susah nak puaskan hati semua orang. Jadi, saya sedia kalau dikritikan dan pengalama tu akan jadikan ia satu pengajaran dan cuba perbaiki pada masa akan datang", tuturnya.

Pada anugerah yang akan berlangsung pada 8 Februari 2014 itu, Neelofa juga turut tercalon dalam senarai awal kategori Fesyen MeLetop.

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

Template Design Joomla