Mon11202017

LAST_UPDATEMon, 20 Nov 2017 2am

Gosip Hangat & Selebriti Paling Kontroversi 2013

..

Benarlah kata orang, artis dan kontroversi memang tidak dapat dipisahkan. Maka tak hairanlah dunia seni tanahair ‘disajikan’ dengan pelbagai kontroversi sepanjang tahun 2013 ini. Menyoroti kisah ‘panas’ yang terjadi sepanjang tahun ini, MD tatapkan semula kisah-kisah selebriti yang terpalit gosip hangat, tak kurang yang mencetuskan kontroversi tersendiri sekaligus menjadi buruan media.

 

..

Nasha Aziz Berpeluk Dengan 'Kekasih Lama'

Supermodel dan pelakon Nasha Aziz membuka cerita gosip tahun lalu apabila beliau dikatakan telah pergi ke konsert meraikan malam tahun baru bersama seorang jejaka. Laporan beberapa blog hiburan menyebut lelaki tersebut adalah Nur Iman Tang iaitu merupakan kekasih lama aktres tinggi lampai itu.

MD pernah bertanyakan sendiri kepada Nasha mengenai kesahihan gosip kononnya Nasha telah kembali menjalin cinta bersama Iman Tang. Namun Nasha menegaskan yang mereka berkawan baik. Hmm...

 

 

 

..

 

Zarina Anjoulie dan Dadah

Pelakon seksi yang tak berapa nak menyerlah dari segi lakonan tetapi tak habis-habis dengan kontroversi nimenggemparkan dunia hiburan apabila didakwa terlibat dengan kes dadah. Zarina Anjoulie, 26, didakwa memiliki dua biji pil eramin 5 bersama teman lelakinya. Dia juga terpaksa tidur di dalam lokap selama sehari dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2000.

 

 

 

..

Diana Danielle-Farid Kamil & Anaknya

Bermula dengan insiden Diana Danielle dikatakan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, Australia atas alasan usia kandungan Diana lebih bulan yang dihadkan, disebabkan itu dia tidak boleh meneruskan perjalanan pulang ke Malaysia.

Kemudian aktres ni diberitakan pula yang dia melanjutkan pelajarannya di Sdyney. Sehinggalah pada Julai lalu Diana selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Farid memberitahu anak sulungnya itu diberi nama Mohammad. Diana dan bayinya selamat pulang ke tanah air pada Syawal lalu dan sambung berpantang di rumah ibu bapa Farid di Kedah.

Diana Danielle Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Dalam pada itu Farid juga pernah membuat kenyataan mahu meperkenalkan anak lelakinya pada umum dalam sebuah majlis khas sekaligus majlis Khatam AL-Quran. Lebih menggembirakan ramai pihak, apabila Farid turut memaklumkan, pada majlis itu nanti dia akan menjemput ibu mertuanya (ibu Diana) dan sekaligus meleraikan konflik antara dia, isterinya juga ibu mertuanya. Namun sehingga hari ini, majlis tersebut belum dilaksanakan.

 

..'Drama Bersiri' Shila - Sharnaaz
Satu Malaysia sedia tahu cerita mereka, bukan. Bermula dengan hubungan cinta yang sangat manis antara mereka berdua, namun tidak lama selepas itu tercetus konflik. Sharnaaz dikatakan bergaduh dengan bapa Shila iaitu ND Lala, gara-gara sikap Sharnaaz - dikatakan panasa baran dan biadap
http://devel.malaysiandigest.com/hiburan/246051-qsharnaaz-tolong-jangan-biadabq-bapa-shila-amzah-sharnaazahmad-shilaamzah.html

Kemudian percintaan pasangan ini difahamkan terus tidak mendapat restu daripada kedua ibu bapa Shila, ekoran beberapa insiden buruk yang berlaku antara Sharnaaz dan Shila. Bertambah beranglah ND Lala selaku ayah. Akhirnya Sharnaaz dan Shila berpisah.

Meskipun sudah berpisah, media masih lagi memberitakan lepas satu, satu konflik antara bekas pasangan kekasih ini. Ditambah lagi dengan kenyataan balas membalas (secara langsung atau tidak langsung) baik dari Shila mahupun Sharnaaz, sama ada pada media ataupun di laman sosial Twitter dan Instagram masing-masing.

..Siti Fazurina Kahwin Lari
Ibu kepada pelakon Siti Fazurina (Nina) membuat pendedahan bahawa pernikahan anaknya itu tidak sah kerana Fazurina, 30, telah memberi maklumat palsu kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang bagi mendapatkan kebenaran berkahwin. Pelakon drama Dunia Anita itu juga didakwa telah kahwin lari.

Selepas beberapa bulan menjalani kehidupan sebagai suami isteri, pelakon Siti Fazurina akhirnya terpaksa bernikah buat kali kedua selepas pihak mahkamah mendapati perkahwinan kali pertamanya dengan Muhammad Hykal Zulkifli, 32, tidak sah mengikut hukum syarak. Pernikahan itu telah berlangsung pada 20 Mac lalu.

 

 

..Bertunang Dengan Isteri Orang

Ini satu lagi berita yang menggemparkan satu Malaysia. Pelakon Fizz Fairuz mencetuskan kontroversi apabila dia sebenarnya bertunang dengan isteri orang. Fizz tidak tahu mengenai status tunangnya yang dikeali sebagai Azlyn Massiela itu sehinggalah suami wanita tersebut tampil membuat pendedahan.

Beberapa bulan selepas insiden itu, Fizz kembali menjalin cinta bersaam kekasihnya Almy Nadia. Fizz juga pernah membuat kenyataan kepada MD, yang mereka akan melangsungkan perkahwinan pada tahun 2014.

 

 

 

 

..Anak Derhaka

Pelakon Afiq Muiz teruk dikecam ramai pihak ekoran dakwaan ibunya yang menggelarkan dia sebagai anak derhaka. Hubungan di antara Afiq dan ibunya bertambah keruh apabila pelakon itu membuat kenyataan memburuk-burukkan ibunya. Sebalik membela kekasihnya, pelakon Eina Azman.

Baca lagi : Eina Azman Nekad Saman Ibu Afiq Muiz
                  Afiq Muiz Rela Mati Dari Disumpah Ibunya
                  Saya Dah Hilang Job, Bayaran Disekat - Afiq Muiz

 

..

 

Shah Jazle Ditangkap Khalwat
Dunia hiburan gempar apabila menerima berita pelakon Shah Jazle ditangkap khalwat. Perkara tersebut disahkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) .

 

 

 

 

 

 

 

..

 

Cinta Nabila - Nas-T Tak Berpanjangan
Pasangan ini antara yang menjadi bualan ramai. Tapi sayangnya, kira-kira dua bulan selepas pasangan ini mengakui mereka bercinta, tak ada angin tak ada ribut, Nabila menerusi Instagramnya 'memberitahu' yang dia dan Nas-T sudah berpisah. Namun kedua-duanya masih lagi sebagai sahabat baik.

 

 

 

 

..

Yuna Bercinta Dengan Jules

Sekitar Jun lalu, menerusi sidang video Skype dari Los Angeles, penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna mengakui sedang mengenali hati budi pemuda Inggeris, Julian Schratter atau Jules (yang juga merupakan jurugambar peribadi Yuna) selepas gambar mereka sering dimuat naik menerusi Instagram milik wanita itu.

Bagaimanapun enggan mengulas sejauh manakah hubungan mereka kerana mahu memberi perhatian kepada kerjaya nyanyiannya yang semakin rancak di Amerika Syarikat.

 

 

..

 

Ashraf Muslim Mengaku Berpoligami
Selepas beberapa bulan membiarkan peminat berteka-teki, Ashraf akhirnya mengejutkan banyak pihak apabila beliau mengakui telah bernikah dengan Sakinah atau nama sebenarnya Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai lalu di Pattalung, Selatan Thailand.

Sebelum ini beliau berkahwin dengan Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 di Mekah.

 

 

 

..Kahwin Dua Kali

Selepas sekian lama berdolak-dalik dan ‘bermain’ dengan pihak media tentang status hubungan mereka, Aeril dan Wawa akhirnya terperangkap dalam permainan yang mereka cipta apabila status mereka sebagai suami isteri dan ayah serta ibu kepada seorang bayi lelaki terbongkar jua.

Dandalam satu sidang media khas pada 11 Oktober lalu, mereka kemudian mengaku fakta bahawa seorang bayi lelaki yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar pada 24 Ogos lalu merupakan anak mereka. Selain itu, Aeril turut mendedahkan telah menikahi Wawa sebanyak dua kali iaitu pada 25 Februari 2012 secara rahsia dan 4 Februari 2013 sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum didaftarkan secara rasmi.

Beberapa hari kemudian, bekas kekasih Wawa yang pernah menjadi tunangannya tampil memberikan kenyataan bahawa dia telah ditinggalkan Wawa tanpa sebab. Belum reda isu kahwin koboi itu, Aeril didakwa pernah berkahwin dengan Ummi Nazeera sebelum bersama Wawa.

..Skandal Dengan Isteri Orang

Kalau boleh kami berikan jolokan Raja Kontroversi untuk tahun 2013,kami berikan jolokan itu pada Adi Putra ekoran isu yang mendakwa dia menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang.

 

 Lelaki ahli perniagaan, Amirrudin Othman, 56, mendakwa Adi dan isterinya, Noraida Abd. Mutalib, 29, berkenalan menerusi laman sosial Instragram sebelum saling berbalas mesej dan gambar lucah termasuk alat sulit dipercayai milik Adi menerusi aplikasi WhatsApp.

Amir kemudian membuat laporan polis terhadap gangguan seksual tersebut, namun ia digugurkan baru-baru ini kerana diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut. Hal itu diumumkan Adi sendiri dalam satu sidang media khas pada 13 Disember lalu.

Namun pada 14 Disember lalu, Amiruddin tidak berpuas hati dan membuat sidang akhbar meminta kes tersebut diteruskan. Malah, pada 20 Disember lalu, Amir mengadakan satu lagi sidang akhbar, mengumumkan sudah menceraikan Noraida dengan talak satu pada 19 Disember 2013 kerana tidak mampu menampung malu terhadap perbuatan wanita itu yang mengaku teruja kerana dapat berkenalan dengan aktor tersebut.

..Johan As'ari Kasanova?
Dan, saat kita semua meniti penhujung 2013, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan kisah cinta paling kontroversi diantara pelakon Johan As’ari dan Lana Nordin. Dalam tempoh tiga hari sahaja berkenalan, Johan telah melamar Lana untuk menjadi kekasihnya, sekali gus merancang berkahwin pada tahun 2014. Namun timbul dakwaan kononnya ibu Johan tidak merestui cinta 72 jam anaknya dengan Lana yang terkenal dengan imej seksi serta digelar Pamela Anderson Malaysia itu.

Genap sebulan bercinta, Johan kemudian tampil memberitahu dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Lana kerana tiada restu keluarga. Menghangatkan lagi apabila dia juga menyatakan sepanjang intim dengan Lana, dia tidak pernah meletakkan taraf sebagai kekasih, walaupun melamar dan mengajak wanita itu berkahwin.

Secara ringkas, Johan sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon Izreen Azminda. Kemudian dia digosipkan ada hubungan dengan aktres Fasha Sandha. Selepas itu namanya semakin menjadi bualan apabila tersebar brita tentang keintimannya bersama pelakon seksi Nabila Huda. Bagaimanapun Johan kemudian membuat kenyataan sedang mengenali hati seorang gadis yang dikhabarkan bekerja di sebuah produksi di stesen televisyen swasta. Tidak berapa lama selepas itu, Johan digosipkan pula dengan penyanyi Shila Amzah gara-gara terpampang gambar-gambar mesra mereka berdua di laman instagram. Alahai Johan...

 

- mD