Sun09212014

LAST_UPDATESun, 21 Sep 2014 4pm

"Kalau Saya Tyaz, Saya Pilih Keith Foo" - Syazwan Zulkifli

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.

Pelakon Syazwan Zulkifli tidak merasakan gosip cinta antara dia dengan aktres dari Indonesia, Tyas Mirasih membantu promosi filem yang mengandingkan mereka berdua, berjudul 'Laga' yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Ini berikutan gosip yang tercetus dua tahun lalu iaitu sewaktu menjalani penggambran filem arahan Ismail Yaacob itu, tersebar khabar angin Syazwan dikatakan menjalin cinta dengan bekas kekasih pelakon Keith Foo ini.

Bahkan aktor yang mula mengecap populariti menerusi drama Juvana ini dituduh menjadi punya Tyas berpisah dengan bintang drama bersiri 'Ariana Rose' itu.

"Jalan cerita Laga ini sendiri sudah kuat. Ditambah dengan barisan pelakon hebat seperti abang Eman Manan, Nasir Bilal Khan dan Wan Hanafi Su. Saya rasa gosip tak membantu promosi filem ini.

"Lagipun sampai bila orang nak bercakap benda yang tak betul.

"Kalau saya jadi Tyaz, saya pilih Keith Foo. Buat apa dia (Tyaz) nak pilih saya, kan...",katanya ketika diminyta mengulas mengenai seandainya gosip cinta antaraa dia dan aktres tinggi lampai itu kembali menajdi bualan ramai.

..

Sementara mengenai filem 'Laga' pula, Syazwan berkata cabaran yang dihadapinya untuk menjayakan watak kali ini, dia perlu melakonkan adegan bersilat.

"Saya kena bersilat. Saya kena kalahkan abang Eman Manan. Kita tahu abang Eman memang pakar bersilat dan saya pula tiada asas silat. Itu cabaran yang paling besar bagi saya lah. Tapi sebelum masuk set, saya ada reheasal dulu", katanya.

'Laga' menyingkap kisah dan maruah seorang lelaki bernama Hasan Laga yang diperakui kehebatannya melahirkan anak didik dalam pertandingan sabung ayam yang tiada tolok banding.

Tanpa dijangka, pada satu hari dalam satu pertarungan di medan sabung, Orang Kaya Dasuki berpeluan mencabar ketokohan dan mencalar maruah Hasan angkara rencana paling licik. Dalam pertarungan maruah itu, Ayu, isteri Hasan menjadi cagaran.

Namun helah kotor Orang Kaya Dasuki berjaya dihidu dan dipatahkan oleh anak didik Hassan iaitu Sabri. Maruah Hassan berjaya diselamatkan tetapi tercetus pula konflik lain.

Selain Tyas dan Syazwan, filem yang menelan kos RM2.8 juta ini diterajui oleh barisan pelakon hebat iaitu Wan Hanafi Su, Nasir Bilal Khan, Eman Manan dan Marsha Milan Londoh. 'Laga' ditayangkan di pawagam mulai 23 Januari 2014.


- mD