Fri10242014

LAST_UPDATEFri, 24 Oct 2014 7am

Doa Dato' Siti Nurhaliza Sempena Hari Jadinya yang ke-34

..

Hari ini tanggal 11 Januari, bermakna genaplah 34 tahun usia diva popular kesayangan ramai kita ini, Dato" Siti Nurhaliza Tarudin.

 Selamat hari jadi MD ucapkan kepada Dato' Siti. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu serta termakbul segala yang didoa dan diingini serta terus menjadi permata seni kebanggaan tanah air. InsyaAllah, amin.

Agak-agaknya, hadiah apa lah yang diberikan oleh suami tercinta, Datuk K kepada beliau tahun ini, ya?

Kebetulan baru-baru ini sewaktu menghadiri sidang media konsert beliau, media sempat bertanyakan doa serta hajatnya untuk tahun ini. Pelantun lagu Lebih Indah ni berkata, beliau berharap dapat menjadi muslimah yang baik.

"Siti berharap dapat menjadi seorang muslimah yang baik dari segi akhlak dan peribadi sebagai seorang anak dan sebagai seorang isteri", katanya kepada pihak media.

Kemudian ketika ditanya pula hadiah apa yang dihajatinya daripada suami tercinta, beliau menjawab,

"Hadiah? Tak tahu lah dia (suami) bagi apa, terpulang. Tapi pada 11 haribulan, anak saudara kami iaitu anak kepada kakak Datuk K, Kak Ton (Datin Zaiton Mohamad Jiwa) akan melangsungkan perkahwinan. Jadi kami sekeluarga tentu akan sibuk dengan majlis perkahwinan itu.

"Tapi tak tahu lah kan kalau mereka berpakat nak buat kejutan untuk saya masa majlis tu nanti. Saya pun akan buat-buat terkejulah nanti", ujarnya dengan nada bergurau.

Sementara tengah malam tadi ramai peminat bukan saja di tanah air malah di negara jiran seperti Indonesia, berpusu-pusu memberikan ucapan selamat hari jadi kepada beliau menerusi laman sosial Twitter.

Antara kata-kata ucapan yang wajib daripada peminat ialah, "semoga cepat-cepat dapat baby".

Berserta #happybirthdaysitinurhaliza, nama penyanyi bersuara emas ini sekaligus menjadi trending di Malaysia.

..

Perkembangan lain, Dato' Siti kini dalam persiapan untuk mengadakan konsert amal eksklusif pada 7 dan 8 Februari depan. Beliau juga akan mula memasuki studio rakaman bagi memulakan proses rakaman album terbarunya.

Selain itu juga, Siti bekata dia akan mengadakan satu majlis bersama peminat-peminat setianya sempena ulangtahun fanclubnya, SitiZoners yang ke-10 tahun. Majlis akan diadakan di K-Club Melawati pada 19 Januari ini.

"Tahun ini SitiZoners dah masuk 10 tahun. Saya bersyukur kerana sepanjang tempoh ini kerjaya seni saya sentiasa mendapat sokongan padu daripada peminat-peminat saya. Jadi sempena ulangtahun ni, saya nak adaka majlis gathering sebagai tanda penghargaan saya kepada mereka semua yang ada di belakang saya tak kira dalam apa jua kaeadaan", katanya.

- mD