Fri10242014

LAST_UPDATEFri, 24 Oct 2014 8pm

Kyochon One Utama Diserbu Peminat Gara-gara Kangin & Kyuhyun

..

Ratusan peminat membanjiri hadapan restoran popular Korea, Kyochon, yang terletak di tingkat LG, pusat membeli belah One Utama, Damansara sewaktu acara perasmian restoran yang cukup terkenal dengan menu ayam pelbagai rasa ini, malam tadi.

 Sebab utamanya tidak lain dan tidak bukan adalah kerana mahu menyaksikan sendiri dua daripada anggota kumpulan popular, Super Junior iaitu Kyuhyun dan Kangin hadir merasmikan restoran tersebut.

..

Difahamkan peminat-peminat setia Kyuhyun dan Kangin telah terpacak, menunggu dua idola kesayangan mereka itu sejak seawal jam 8 pagi lagi. Menjelang tengahari peminat semakin ramai dan mula bersesak-sesak sehingga berlaku insiden sebilangan besarnya terpaksa dihalau dan diarah meninggalkan ruang tingkat tersebut. Bagaimanapun tidak lama kemudian, restoran itu kembali diserbu peminat dan kali ni suasananya agak terkawal. Sambil menunggu, peminat bersama-sama menyanyikan lagu-lagu hits Super Junior, seperti lagu Bonamana, Last Man Standing, Sorry Sorry, Can't Stop Think About You Girl dan Single, Sexy,Free.

Kira-kira jam 8.30 malam, tetamu istimewa yang dinanti-nanti ramai, Kyuhyun dan Kangin muncul diiringi sorakan oleh peminat-peminat. Tampil segak, sambil berjalan ke arah restoran tersebut, dua jejaka kegilaan ramai ini sempat lagi melambaikan tangan dan melemparkan senyuman ke arah para peminat.

..

Usai upacara perasmian, Kyuhyun dan Kangin meluangkan masa beberapa minit bersama peminat bertuah dengan bergambar dan memberikan autograf. Sejurus itu, kedua-duanya terus beredar meninggalkan restoran kerana difahamkan mereka perlu bergegas ke lapangan terbang dan terus balik ke Korea dengan penerbangan yang dijadualkan jam 11.30 malam.

Kredit foto Kpop Huntress.Kredit foto Kpop Huntress.

Restoran Kyochon sangat popular dikalangan peminat Kpop kerana Super Junior merupakan duta bagi restoran ini sejak tahun 2009. Sebelum itu, kumpulan lagenda Kpop, Shinhwa merupakan duta pertama restoran ini. Restoran ini baru saja beroperasi di Malaysia sejak tahun 2013.

Kredit foto Kpop HuntressKredit foto Kpop Huntress

- mD