Fri04282017

LAST_UPDATEFri, 28 Apr 2017 8am

22 Foto: Sekitar Majlis Resepsi Farawahida & Syukur di Shah Alam

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.

Selepas selamat bergelar suami isteri pada 16 Disember tahun lalu, malam tadi telah berlangsungnya majlis resepsi penyanyi Farawahida Razali dan Abdul Shukur Mohd Zain.

Majlis yang diadakan di Dewan N'dah Shah Alam ini meriah dengan kehadiran teman-teman artis, kawan-kawan rapat, saudara mara serta para wakil media. Antara selebriti yang kelihatan seperti Black dan isterinya, Fara Fauzana, Lan (Kristal) dan Azwan Hj. Ali. Istimewa, persembahan khas dari Dior dan Nassier Wahab yang mendedangkan lagu buat pasangan mempelai sama cantik sama pada itu.

..

Bertemu pihak media sejurus usai majlis, Farawahida memberitahu dia tidak merancang untuk mendapatkan zuriat yang awal tetapi tidak menolak sekiranya dikurniakan dalam jangka masa yang terdekat ini memandangkan usianya yang hampir mencecah 29 tahun.

“Saya bersyukur kalau dikurniakan zuriat dalam jangka masa yang terdekat. Lagipun usia saya sudah mencecah 29 tahun. Tetapi ini semua rezeki dan saya berharap saya mendapat rezeki itu,” ujarnya.

Pelantun lagu Hilangkan Segalanya ini turut memberitahu bahawa dia dan suami merancang untuk berbulan madu hanyalah di sekitar Malaysia sahaja dan ada juga merancang untuk ke Jepun, suatu hari nanti.

“Berbulan madu kalau ikutkan suami, dia mahu berjalan-jalan di sekitar Malaysia seperti di pulau-pulau yang cantik. Selain itu, kami juga akan ke Jepun selepas musim sejuk. InsyaAllah,” katanya.

 

 

 

- mD