Mon11202017

LAST_UPDATEMon, 20 Nov 2017 2am

Kisah Putus Cinta Chevra Popularkan Band Papinka

Band Papinka. (dari kiri) Chevra, BJ dan Ciponk. Kredit foto Faisol Mustafa.Band Papinka. (dari kiri) Chevra, BJ dan Ciponk. Kredit foto Faisol Mustafa.

Sejak single 'Dimana Hatimu' diedarkan setahun lalu, nama band Papinka terus mencuri perhatian peminat muzik tanah air. Lantas sepanjang tahun 2012 boleh dianggap tahun kejayaan band berasal dari Bangka Belitung, Sumatera ini. Terus mahu membuktikan yang mereka bukan band 'one hit wonder, Papinka tampil dengan single kedua mereka berjudul 'Masih Mencintanya'. Impresif, lagu tersebut kini tuut menjadi siulan ramai.

Namun di sebalik dua single tentang pengkhianatan cinta yang berjaya mempopularkan Papinka itu, sebenarnya merupakan pengalaman sebenar yang dilalui vokalisnya, Chevra yang mengalami putus cinta.

"Single 'Masih Mencintainya' itu terinspirasi daripada single pertama, 'Dimana Hatimu'. Ya, kedua-dua lagu ada kena mengena dengan kisah hidup saya. Tentang kisah cinta saya yang tidak berpanjangan. Sejujurnya saya tidak selesa untuk berkongsi kisah putus cinta saya ke dalam lagu tapi saya tahu mungkin di luar sana juga mengalami hal putus cinta dan kecewa.

"Tapi disebabkan lagu ini tentang diri saya, penghayatan saya terhadap lagu ini lebih mudah dan tiada masalah sepanjang proses rakaman.

Kedua-dua lagu itu menceritakan tentang kekasih saya. Sebelum putus, hubungan cinta kami telah lebih dari lima tahun. Saya denggar dia baru saja menikah", kata Chevra ketika ditemui pada sidang media pelancaran album Papinka, 'Masih Mencintainya' bertempat di Hard Rock Cafe, semalam.

..

Album tersebut diedarkan oleh Tropic Jaya Entertainment Sdn Bhd sejak 11 November 2013.

Dibentuk pada 2010 hasil ujibakat yang dijalani, nama Papinka merupakan gabungan nama kota asal tiga pemuzik ini iaitu Pangka Pinang Bangka. Selain Chevra (25 tahun), Papinka dianggotai oleh Andre (29 tahun) sebagai pemain bas dan BJ (28 tahun) sebagai pemain drum.

Sementara BJ berkata, mereka tidak menyangka lagu mereka diterima ramai peminat di Malaysia. Malah secara tidak langsung penerimaan tersebut menyuntik sebagai tiga pemuzik ini untuk terus menghasilkan karya-karya yang lebih kreatif pada masa akan datang.

"Sebagai band baru, kami terkejut kerana tidak menyangka kami bergitu cepat diterima peminat. Kami bersyuur dan berbangga. Kami akan berusaha hasilkan karya yang lebih baik pada masa akan datang", katanya.

Perkembangan lain, Papinka sedang lama perancangan mengadakan konsert jelajah yang akan diadakan pada Aril nanti. Selain bakal membuat persembahan di 9 buah bandar di Sumatera, Papinka juga akan mengadakan konsert jelajah di Bali, Singapura dan Hong Kong.


- mD