Sat11252017

LAST_UPDATESat, 25 Nov 2017 2am

Tak Mungkin Serius Dengan Cha Cha Maembong - Iqwal Hafiz

..

Sebelum ini beberapa portal hiburan ada melaporkan penyanyi Iqwal Hafiz, 22, bercinta dengan pelakon Cha Cha Maembong, 19. Begitu pun kedua-kedua bakat muda itu menafikan hubungan tersebut. Sebaliknya mereka berdua memberi jawapan selamat, hanya berkawan.

Bertemu Iqwal sewaktu di sidang media Worldstar Road to Hollywood! baru-baru ini, Iqwal mengesahkan yang hubungan dia dengan adik kepada pelakon Emma Maembong itu memang rapat. Namun kata penyanyi yang pernah menerima gelaran Artis Baru Terbaik Antarabangsa 2008 ini, mustahil baginya untuk membawa hubungan persahabatan mereka itu melangkah setapak ke hubungan sebagai pasangan kekasih.

"Saya akui kami rapat macam adik beradik. Kami kerap juga berjumpa. Tapi mustahil lah saya nak bercinta dengan dia. Sebab dari awal perkenalan kami, saya melayan dia sebagai kawan baik. Jadi, saya rasa susah kalau saya nak bercinta dengan dia", kata Iqwal ketika diaju pertanyaan sejauh mana keseriusan hubungannya dengan pelakon kacukan Melayu-Scottish itu.

Berkenalan sejak 8 bulan lalu menerusi seorang teman, Iqwal mengakui dia cukup senang berkawan dengan Cha Cha dan tidak menolak yang gadis itu memiliki ciri-ciri gadis idamannya. Malah mereka berdua sudah saling mengenali keluarga masing-masing.

"Mungkin sebab kami berada dalam satu industri, itu yang buat kami serasi dan rapat. Cha Cha banyak bertanya dan meminta tips nyanyian daripada saya. Kami saling bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dalam bidang masing-masing. Cha Cha minat juga muzik dan kadang-kadang kalau ada masa, saya ajarkan dia bermain keyboard. Dia pun selalu bertanyakan pada saya tips menyanyi", ujarnya sekaligus mengakui gosip cintanya denagn Cha Cha membuatkan dia kini lebih dikenali ramai.

Sementara itu menyentuh mengenai perkembangan karier, Iqwal bersyukur dengan sokongan peminat terhadap dirinya. Lebih menggembirakan pengikutnmya di laman sosial Facebook kini sudah mencecah 10,000.

"Alhamdulillah, peminat semakin ramai menerima saya. Pada saya, tiada masalah kalau saya lambat dikenali kerana kebanyakkan artis yang betul-betul berjaya pun mereka mengambil masa yang lama. Pada saya, apa yan penting adalah pencapaian. Tapi bukanlah bermakna populariti itu tidak penting, cuma bagi saya dengan adanya pencapaian, seseorang artis itu mampu untuk bertahan lama", katanya yang mula berjinak-jinak dalam dunia nyanyian seawal usia 2 tahun lagi.

Selain itu, Iqwal juga kini sedang sibuk dengan rakaman alum keempatnya. Berkonsepkan Pop dan RnB, album tersebut yang diterbitkannya sendiri dibawah syarikat miliknya Empire All Star Event. Berbeza dengan pasaran album terdahulu, kata Iqwal, buah tangannya kali ini khas untuk pasaran di Malaysia.

"Sebelum ni saya pernah lancarkan album untuk pasaran di Amerika dan Asian. Tapi kali ini khas untu pasaran Malaysia. Berkonsepkan RnB, album ini ada 7 buah lagu dan enam daripadanya lagu tersebut melodinya adalah ciptaan saya sendiri", katanya yang pernah memenangi pingat emas ketika menyertai pertandingan Worldstar Road to Hollywood pada tahun 2008.

- mD