Fri12152017

LAST_UPDATEFri, 15 Dec 2017 12pm

Hafiz Jawab Dakwaan Ambil Dadah, Amal Ilmu Hitam

Kredit foto Suhaizul Izhar.Kredit foto Suhaizul Izhar.

Selepas mengecapi satu kejayaan ke satu kejayaan sejak tahun lalu hingga kini, penyanyi Hafiz Suip sememangnya cukup dikagumi dan menjadi kebanggaan ramai. Selain Hafiz kini dilihat semakin selesa dengan imej rambut barunya, jejaka berusia 23 tahun ini sekarang kelihatan semakin kurus. Lantaran timbul desas desus ada pihak yang mendakwa Hafiz terlibat dengan pengambilan dadah.

Berkesempatan bertemu dengan tuan empunya badan pada persembahan sempena Minggu Setiausaha, 'A Golden Moment with Hafiz' di Pusat Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur semalam, anak kelahiran Kuching Sarawak di minta mengulas mengenai dakwaan tersebut.

Hafiz memberitahu dia memang dalam proses mengurangkan berat badan kerana mahu menjaga imej dan penampilannya disamping kesan daripada letih bekerja. Bahkan Hafiz berani dan bersedia untuk menjalani ujian air kecing demi membuktikan dia bersih daripada sebarang pengambilan dadah.

"Bila orang tengok kita gembira, mula lah mereka tak senang dengan kita. Kenapa saya nak kena ambil dadah kalau saya tahu yang dadah itu sendiri akan membunuh karier kita. Impak dan kesan pengambilan dadah tu sangat dahsyat. Kenapa saya nak rosakkan diri saya dengan melakukan perkara sebegitu?

""Kalau ada pihak yang mendakwa saya mengambil dadah, saya bersedia untuk membuat ujian urin. Saya berani katakan yang saya bersih", tegasnya.

Tidak setakat dakwaan ambil dadah, timbul pula dakwaan kononnya segala kejayaan yang dikecapi hari ini bukan atas usaha gigihnya selama ini sebaliknya dengan cara menggunakan ilmu sihir. Senang kata, Hafiz mengamalkan ilmu hitam untuk untuk mendapatkan tawaran nyanyian juga memenangi pelbagai anugerah.

"Saya amalkan ilmu hitam? Itu mengarut! Bagi saya kalau kita nak cari rezeki biarlah cara yang betul dan diberkati. Kalau saya gunakan ilmu hitam, saya rasa hari ini saya tak jadi penyanyi. Mak ayah saya berpesan, kalau nak sesuatu itu biar atas daya usaha kita sendiri. Apa yang saya kecapi ini atas usaha gigih saya sendiri. ", kata Hafiz sekaligus menyangkal dakwaan tersebut.

Bagaimanapun kata Hafiz, dia tidak marah dengan dakwaan tersebut sebaliknya menganggap itu adalah lumrah.

"Biasalah... manusia ni kadang-kadang tak boleh tengok orang lain senang. Mulalah timbul buruk sangka dan andaian yang bukan-bukan terhadap kita", ujarnya sambil tersenyum.

Sementara itu, Hafiz turut meluahkan rasa puas hatinya kerana berjaya menghiburkan kira-kira 400 penonton pada persembahan 'A Golden Moment With Hafiz'. Ini merupakan persembahan minggu setiausaha yang pertama kali buat Hafiz.

..

Pada persembahan yang dihoskan oleh penghibur serba boleh Afdlin Shauki itu, Hafiz mendedangkannya lagu seperti 'Awan Nano', medley lagu-lagu Allahyarham Sudirman Hj. Arshad iaitu 'Pelangi Petang', 'Perpisahan Terasing' dan 'Salam Terakhir'. serta lagu cover 'All of Me' (nyanyian John Legend). Selain itu Hafiz turut menampilkan Adira dan mereka menyanyikan dua lagu duet, 'Ombak Rindu' dan 'Muara Hati' serta lagu cover 'All of Me' (nyanyian John Legend).

Tambah mencuri tumpuan, Hafiz turut mempamer kebolehannya bermain piano sambil mendendangkan lagu lagu cover 'All of Me' (nyanyian John Legend).

"Ini persembahan sempena minggu setiausaha saya yang pertama kali. Rasa bersyukur dan gembira kerana saya dapat menghibur peminat-peminat saya pada hari ini (semalam). Hari ini baru saya rasa benar-benar sebagai seorang penghibur. Tetapi saya akui, ada banyak lagi kelemahan yang harus saya perbaiki.

"Saya tak sangka sambutan peminat begitu mengalakkan. Saya tak nafikan saat dikerumuni peminat tadi (semalam) saya berasa gementar hingga saya hampir terlupa lirik. Tapi saya gembira kerana dapat membuat mereka semua terhibur", katanya yang turut mengaku teman wanitanya (enggan dikenali nama) jga hadir menyaksikan persembahannya. 

- mD