Tak Tahan Jadi 'Kuli' SME, Kris (EXO) Nekad Tamatkan Kontrak

  • Print

..

Sejak semalam rata-rata para peminat muzik KPop bukan saja di Korea malah serata dunia tidak senang duduk dibuat ekoran satu berita yang mengejut. Salah seorang anggota kumpulan yang kini sedang memuncak popularitinya, EXO iaitu Kris dilapor tiba-tiba telah menfailkan tuntutan membatalkan kontrak bersama syarikat pengurusannya, S.M. Entertainment (SME).

Laporan media China menyebut penyanyi berdarah kacukan Korea-Kanada itu nekad mahu kontraknya ditamatkan dan telah memfailkan kes berkenaan di Mahkamah Central Seoul.

Punca Kris bertindak sedemikian tidak dinyatakan, bagaiamanapun menurut laporan media China, tindakan Kris itu atas sebab-sebab sama yang pernah terjadi kepada penyanyi Hangeng, kumpulan TVXQ dan kumpulan Super Junior iaitu perbezaan pendapat antara dia dan pihak SM Entertainment mengenai jadual aktivitinya.

Semalam, pada awalnya SM Entertainment menafikan mengenai hal itu dengan menyatakan yang pihak penggurusan tidak tahu akan tindakan Kris memfailkan kes. Tetapi beberapa jam kemudian label yang juga dikenali sebagai anatara label artis paling berpengaruh di Korea itu mengeluarkan kenyataan rasmi, mengesahkan yang Kris memfailkan mahu menamatkan kontraknya.

Kris (EXO) nekad tamatkan kontrak dengan S.M. Entertainment.Kris (EXO) nekad tamatkan kontrak dengan S.M. Entertainment.

Sementara menerusi satu lagi laporan media di sana, Mahkamah Central Seoul telah mengesahkan tuntutan mahkamah telah difailkan di bawah nama Cina Kris (iaitu Wuyin Fun). Isu tersebut terus hangat diperkatakan apabila gambar Kris yang dipercayai hadir ke mahkamah telah tersebar di internet.

SME juga mengesahkan penguam yang mewakili Kris itu merupakan penguam yang sama yang pernah mengendalikan kes bekas artis mereka iaitu penyanyi Hangeng.

..

Selain Kris kumpulan EXO dianggotai oleh 11 lagi anak muda iaitu Suho, Xiumin LuHan Lay, Baekhyun, Chen, Chanyeol D.O., Tao, Kai dan Sehun. Kris merupakan ketua kumpulan sub-unit yang sekarang cukup popular di China iaitu EXO-M (Exo Mandarin). EO kini sedang dalam rangka mempromosikan album dan konsert solo mereka 'EXO From. EXOPLANET - The Lost Planet'.

Sebelum ini pernah tercetus kontroversi yang melibatkan ketidakpuashatian beberapa bekas artis naungan SME terhadap label tersebut. Ini kerana SME di dakwa sering menjadikan artis mereka ibarat robot yang mana kebanyakannya terpaksa melalui jadual aktviti yang cukup padat namun tidak setimpal dengan ganjaran yang diterima. Sedangkan kebanyakan artis memberi pulangan cukup lumayan kepada syarikat berkenaan.

Oleh kerana SME sebuah syarikat pengurusan artis yang berpengaruh, mengikut sejarah, mana-mana artis dibawah naungan syarikat itu yang cuba menentang atau mempertahankan hak mereka, tidak berjaya berbuat demikian. Akhirnya mereka terpaksa akur dengan mengambil keputusan keluar terus dari pengurusan.

Nasib yang sama mungkin terjadi kepada Kris. Tambahan semalam timbul khabar angin, pihak SME telah mengambil telefon anggota EXO yang lain dan telah mengeluarkan mereka (unfollow) daripada senarai pengikut Kris di Instagram.

Selain itu kes ini telah menimbulkan kerisauan dikalangan ramai peminat EXO. Malahan sebilangan besar mereka dikatakan telah menjual semula tiket konsert solo EXO, tanda protes mereka terhadap SME.

Sehingga kini para peminat masih menantikan keputusan status sama ada benar Kris akan meninggalkan kumpulan EXO atau tidak.