Thu11232017

LAST_UPDATEThu, 23 Nov 2017 2am

Jonathan Putra Tak Kecil Hati Dilayan 'Macam Orang Asing'

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.

Dek kerana wajah dan penampilannya, pelakon berdarah kacukan Cina-India-Inggeris, Jonathan Putra memberitahu dia sering menerima layanan seperti 'orang luar', misalnya dikenakan bayaran seperti harga pelancong dan disangka tidak tahu langsung berbahasa Melayu.

Bagaimanapun, menurut aktor yang namanya semakin menjadi sebutan ramai menerusi drama bersiri fenomena 'Ariana Rose' ini, dia sudah terbiasa dengan situasi itu. Bahkan jauh sekali dia berkecil hati.

"Dulu masa awal-awal saya cuba bercakap dalam bahasa Melayu, selalu juga kena kutuk dan kena gelak dengan kawan-kawan.

"Kadang-kadang kalau saya beli barang di kedai, penjual di kedai itu akan caj saya seperti mereka caj pada pelancong asing sebab mereka ingat saya mat salih. Tapi bila bercakap dalam bahasa Melayu, penjual di kedai itu terperanjat. Tapi saya tak kisah dan tak ambil hati pun. Saya dah biasa dengan semua tu...", kata Jonathan ketika ditemui di majlis pelancara Jalan-Jalan Minum Kopi Malaysia, baru-baru ini.

Dilahirkan di England tetapi membesar di Amerika Syarikat, penggemar kopi tegar ini mula menjejakkan kaki ke Malaysia pada tahun 2005. Ketika itu tujuannya ke sini kerana mahu mencari ayahya. Tidak disangka-sangka, dia ditawarkan menjadi pengacara dilamar menjadi VJ Channel V.

Kemudian tawaran ntv7 mengendalikan program 'Life! Session' dan 'The Breakfast Show' pada 2007. Sehinggalag dia ditawarkan berlakon dalam drama seperti 'Ellie dan Epit', 'Pengancam Perkahwinan' dan 'Oh! My English'.

Hampir 10 tahun menetap di Malaysia, kata Jonathan, dirinya semakin sebati dengan budaya masyarakat di negara ini.

"Tak dinafi, mula-mula memang susah hendak bercakap dalam bahasa Melayu. Tapi saya banyak mendekatkan diri dengan masyarakat di sini. Saya berkawan dengan ramai orang. Setiap kali berjumpa, saya perhatikan cara percakapan mereka. Daripada situ saya belajar dan cuba bercakap sedikit demi sedikit.

"Pertama kali masa dapat skrip, memang saya rasa sangat susah. Satu-satu perkataan saya kena fahamkan. Sambil baca sambil saya rujuk kamus. Tapi lama-kelamaan saya semakin boleh menguasai bahasa Melayu sedikit-sedikit. Sekarang pun saya masih belajar lagi", katanya yang kini bolehh bertutur dalaam bahasa Melau dengan baik.

Selain bahasa Melayu, Jonathan juga boleh menguasai tiga lagi bahasa iaiatu bahasa Sepanyol, Perancis dan Hokkien.

Tolak Cinta?
Sementara itu diajak berkongsi sedikit tentang kehidupan peribadi, Jonathan mengesahkan dia belum lagi mempunyai teman wanita.

"Tak ada kekasih. Sekarang ini saya nak fokus pada kerja. Kalau ada kekasih susah nanti nak bahagikan masa. Lagipun sekarang ni saya bar hendak bina kerjaya lakonan saya dan saya sedang seronok dengan apa yang saya lakukan sekarang.

"Tapi kalau saya bercinta nanti, sebenarnya saya tak kisah sama ada wanita itu Melayu atau bangsa lain. Tidak kira bangsa atau agama, saya terbuka. Tapi yang penting, personaliti wanita itu yang dapat memikat hati saya", katanya sambil tersenyum.

- mD