Sat11182017

LAST_UPDATEFri, 17 Nov 2017 11pm

Nadia Annuar Beri Masa Pada Kekasih Untuk Peluk Islam

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.

Sebelum ini hubungan percintaan personaliti TV3, Nadia Shahrul Annuar, 31, dengan penyanyi Indonesia Sammy Simorangkir pernah terhenti sekejap disebabkan perbezaan agama.

Namun baru-baru ini khabarnya hubungan cinta Samy yang merupakan bekas vokali kumpulan Krispatih itu dan pengantara program Malaysia Hari Ini (MHI) ini kembali terjalin.

"Hubungan kami sekarang okay. Doakanlah yang baik-baik untuk kami. InsyaAllah. Setakat ni kami seperti biasa. Perlahan-lahan membina hubungan ini. Kalau ada jodoh, tak ke mana", kata Nadia Annuar sekaligus mengesahkan khabar gembira itu ketika ditemui pada majlis Seindah Ramadan Anugerah Syawal TV3 & TV9, bertempat di hotel One World, Damansara semalam.

Tambah Nadia lagi, setakat ini dia dan kekasihnya belum merancang untuk membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya.

Katanya, pengalaman lalu banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan. Apatahlagi mereka mempunyai perbezaan agama, justeru kata Nadia banyak perkara yang harus difikirkan sebaik-baiknya.

"Soal kahwin, buat masa ini kami belum berbincang apa-apa lagi. Lambat atau cepat... kami hanya mengharapkan yang terbaik. Kami tidak seperti kebanyakan pasangan yang mungkin berbeza cabarannya. Sementara kami pula berdepan dengan soal perbezaan agama. Saya beri dia ruang dan masa. Umurnya pun dah nak masuk 32, mestilah dia pun nak berkahwin. Mudah-mudahan ada jalan penyelesaiannya.

"Lagipun sekarang ini kami masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Tak dinafi dalam tempoh 2 tahun perkenalan kami ini, kami diuji dengan dugaan.

"Saya pernah berkahwin, bercerai dan pernah melakukan kesilapan. Jadi saya tak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan", tuturnya yang turut mengakui kerap berulang alik ke Jakarta untuk melawat Sammy.

"Dia sangat sibuk dengan kerjanya, berbeza dengan saya yang mana kerja saya leboh fleksibal. Jadi kalau ada cuti, saya memang akan terbang ke sana untuk menjeguk dia", tambahnya.

..

Ditanya apakah 'rahsia' kisah hubungannya mereka sukar diketahui umum, kata Nadia, dia tidak menjadikan cinta mereka untuk meraih publisiti. Malah, kalau dulu, mereka sering berkomunikasi menerusi laman sosial Twitter, kini cara sebegitu telah dikurangkan.

"Daripada dulu lagi, saya tak suka dedahkan hubungan kami. Tak dinafi kalau saya ke sana (Jakarta), ada saja media yaang mahu menemuramah saya tapi saya serahkan kepada Sammy untuk menjawab semua pertanyaan media. Dan kami menjaga nama baik masing-masing. Kami pun dan kurang berkomunikasi menerusi Twitter secara terang-terangan".

Dalam pada itu, Nadia mendedahkan disebabkan dia kerap ke negara seberang, ada produksi yang menawarkannya untuk berlakon. Namun Nadia menolak kerana katanya, sekiranya dia ke sana dia mahu menjadi sebagai orang biasa dan tidak mahu nanti dikata menumpang populariti kekasih sendiri.

"Ada juga tawaraan berlakon, tapi saya menolak. Saya cakap pada Sammy, kalau di sana saya nak jadi orang biasa saja. Sebab, mungkin ia akan jadi rumit kalau saya ceburi dunia lakonan di sana. Nanti dikata pula saya tumpang populariti Sammy. Lagipun saya gembira dengan kerjaya saya di Kuala Lumpur", katanya.

- mD