Sat11292014

LAST_UPDATESat, 29 Nov 2014 12am

Isu Status Maki Nabila : "Saya Tersentak, Jantung Seperti Terhenti" - Amy

..

Selama ini setiap kali nama Nabila Huda atau lebih dikenali sebagai Abil, terpalit dengan apa saja isu panas dan kontroversi, penyanyi rock terkenal tanah air, Amy Search, tidak terlepas dari diburu media bagi mendapatkan komen ekoran perangai anak perempuannya itu.

Lepas satu, satu... daripada isu Abil yang seringkali tampil seksi, kisah bersilih ganti teman lelaki hinggalah yang terbaru isu gambar aktres berbakat besar itu bercuti bersama kekasih barunya dipercayai seorang jejaka mat salih. Apa yang menjadi kontroversi, seorang pengikut Nabila di Instagram telah menyarankan pelakon itu supaya menganut agama Kristian gara-gara gambar percutiannya.

Berang dengan hal tersebut, Amy telah memerikan komen pada entry berkenaan. Lagenda rock tanah air ini bertindak seolah-olah melepaskan geram ekoran sikap anaknya itu yang seperti tidak mahu bertanggungjawab dengan kontroversi yang dicetuskannya sendiri.

komen Amy Search di Intagram anaknya Nabila, beberapa minggu lalu.komen Amy Search di Intagram anaknya Nabila, beberapa minggu lalu.

Melihat status makian dengan satu perkataan kesat dan ia ditujukan kepada Abil, ramai yang tidak percaya bahwa status tu ditulis oleh Amy sendiri kerana selama ini dia seorang bapa yang sangat tenang meskipun acapkali diasak dengan pelbagai soalan berkaitan dengan Nabila.

"Ya, saya yang tulis. Memang saya yang tulis status itu, bukan orang lain", akui figura berusia 56 tahun ini ketika ditemui media pada Majlis Berbuka puasa bersama anak-anak yatim anjuran Hotel Royal Chulan, Damansara, malam tadi.

"Sebelum saya bertidak begitu, sebenarnya saya menerima beberapa panggilan daripada wartawan yang meminta saya mengulas mengenai dia (Nabila) yang pergi bercuti dan tentang agama Kristian. Bagi saya, bila dah sentuh bab agama, ianya dah terlalu sensitif.

"Saat pihak media bertanyakan pada saya tentang hal dia itu dan berkait pula dengan agama, jantung saya seperti terhenti sekejap. Saya macam hilang akal, saya hilang pertimbangan. Saya tersentak sekejap. Sebelum itu saya tidak tahu apa-apa sehinggalah saya diberitahu oleh wartawan yang menghubungi saya tentang isu itu", ujarnya lagi dengan nada tenang.

'Aku Dah Bosan'

Amy Search memberikan penelasan mengenai isu status makiannya terhadap Nabila ketika ditemui media di Hotel Royal Chulan, malam tadi.Amy Search memberikan penelasan mengenai isu status makiannya terhadap Nabila ketika ditemui media di Hotel Royal Chulan, malam tadi.

Menyedari yang statusnya itu berbaur makian terhadap anaknya sendiri, Amy bagaimanapun tidak menyesal memuat naik status sebegitu. Malah katanya, beliau bertanggungjawab atas tindakannya itu.

Namun Amy dengan nada tegas berkata, dia berharap selepas ini media tidak lagi bertanyakan kepadanya mengenai apa saa isu panas dan kontroversi yang mengaitkan Abil.

"Saya tak menyesal muat naik status itu. Malah saya rasa bertanggungjawab terhadap status itu. Tapi selepas ini, saya minta media jangan lagi cari dan bertanya kepada saya tentang isu yang mengaitkan dia. Selepas ini saya tak mahu lagi memberi apa-apa komen yang mengaitkan kontroversi dia.

"Saya dah bosan. Setiap kali isu pasal dia, saya yang kena jawab. Selepas ini, kalau anda semua hendakkan penjelasan tentang apa jua isu yang mengaitkan dirinya, tanyalah tuan badan sendiri. Saya percaya dia sudah cukup dewasa dan dia perlu bertanggungjawab dengan apa saja yang dilakukan. Dia berbakat, jagalah karier dia dan janganlah dia sendiri buka jalan untuk orang bercakap yang buruk-buruk tentang dia", tutur Amy.

Dalam masa sama, Amy memberitahu dia sudah lama tidak berjumpa dengan Abil apatahlagi berhubung menerusi telefon.

"Saya dah lama tak jumpa dia. Bila isu ni timbul, dia pun tak hubungi saya. Tapi dengan Keisha (anak Abil) selalu juga jumpa. Baru-baru ini, saya ada bawa cucu saya itu pergi bercuti", katanya.

Isteri Terkejut
Sementara itu, isteri Amy yang juga merupakan pengurusnya iaitu dikenali sebagai Norish berkata dia sangat terkejut apabila mendapat tahu tentang tindakan Amy memuat naik status sedemikian.

"Ketika hari itu, saya ke satu seminar sementara abang Amy ke Raub, Pahang. Tapi bila saya balik rumah, saya hairan sebab Abang sudah berada di rumah.

" Dia marah- marah dan bengang. Katanya, dia dihubungi media dan diminta komen mengenai isu Nabila dan sekaligus melibatkan soal agama. Saya cuba tenangkan dia dan berpesan jangan komen apa-apa di laman sosial sebab ia mungkin akan memburukkan lagi keadaan.

"Masa tu, saya memang tak tahu lagi yang dia sebenarnya dah muat naik status 'lepas geramnya' itu. Sehinggalah kawan saya kirimkan screen caption status tersebut di Wassap saya. Saya terkejut melihat status itu.

Tambah Norish lagi, dia berasa kasihan kepada suaminya itu kerana selama ini Amy banyak menanggung dan berdepan dengan kontroversi-kontroversi yang mengaitkan Nabila.

"Sebagai isteri, saya berasa kasihan pada abang. Dalam usiannya 56 tahun, dia tak sepatutnya berdepan dengan hal sebegini lagi. Lagipun Nabila sudah dewasa dan dia sudah ada kehidupan sendiri.

"Tak dinafi dulu abang selalu diam. Apa pun orang kata tentang anak dia, dia diam. Cuma sejak akhir-akhir ini, dia ekspresikan kemarahannya di laman sosial", katanya sambil menahan sebak.

- mD