Sun11232014

LAST_UPDATESun, 23 Nov 2014 9am

Tunjuk Slip Gaji Dulu Baru Boleh Beli Tudung Fareeda?

..

Para pelanggan yang ingin membeli tudung Fareeda, mereka perlu mengambil nombor dan beratur sehinggalahh tiba angka giliran mereka, barulah pelanggan tersebut boleh membeli tudung yang menjadi pilihan hati. Situasi itu memang biasa kita dengar mengenai sistem penjualan yang diamalkan oleh jenama tudung popular itu.

Namun baru-baru ini timbul satu dakwaan iaitu kepada pelanggan yang ingin membeli tudung Fareeda, mereka harus menunjukkan dulu slip gaji selama tiga bulan. Amboi, betul ke sampai macam tu sekali?

Mengulas mengenai dakwaan tersebut, pelakon Fizo Omar terkilan apabila ada pihak masih cuba memburukkan-burukkan nama dan menabur fitnah terhadap perniagaan yang dijalankan oleh keluarga mertuanya itu.

Bercakap kepada sebuah portal berita, Fizo berkata, sebagai Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Global Resources, dia melihat tuduhan itu sesuatu perkara yang mengarut mengarut kerana pihaknya tidak pernah meletakkan syarat-syarat sedemikian.

"Itu semua fitnah dan tuduhan itu langsung tidak berasas. Secara logiknya, mana ada kedai yang meletakkan syarat perlu membawa slip gaji sebelum dibenarkan masuk kedai?

"Butik-butik berjenama mewah pun tidak meletakkan syarat seperti itu. Bagi saya gosip itu adalah khabar angin kosong yang sengaja mahu menjatuhkan nama baik syarikat," katanya.

Minggu lalu, salah seorang individu telah memuat naik status di Twitter mengatakan dia tidak berpuas hati dengan cara butik Fareeda melayan pelanggan di mana sesiapa yang ingin masuk mana-mana cawangan butik tersebut perlu membawa slip gaji selama tiga bulan.

..

Fizo menjalankan perniagaan itu bersama isterinya yang juga pemilik kekal syarikat berkenaan iaitu Mawar Abdul Karim, 25.

Sementara itu Fizo berkata, dia bersyukur walaupun pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada jenama tudung itu, namun perniagaan yang dijalankan masih lagi mendapat respons yang memberangsangkan.