Thu10232014

LAST_UPDATEThu, 23 Oct 2014 7am

Kalau Nak Tegur Biarlah Relevan - Hazama

..

Penyanyi Hazama memberi amaran kepada para pengguna laman sosial terutama para pengikutnya di akaun Instagram supaya tidak sewenang-wenangnya melemparkan kritikan yang kurang relevan pada entri di muat naik pada akaun peribadinya itu.

Namun kata pelantun lagu 'Relakan Jiwa ini, amaran itu tidaklah bermakna dia seorang yang tidak boleh ditegur ataupun dikritik. Cuma dia rimas dengan sesetengah pengikut yang seringkali meninggalkan komen negatif tetapi apa yang dikritik oleh pengikut--pengikut tersebut seperti tidak relevan.

"Sebagai seorang artis, rasanya tak salah kalau saya tegur mereka (sesetengah pengikut). Tegur-menegur itu perkara biasa. Kalau mereka boleh tegur saya, saya juga ada hak untuk tegur mereka. Tapi kalau nak beri teguran tu biarlah relevan.

"Sya tengok pengguna ala maya ni mereka memang galak kalau bab nak beri kritikan dan komen negatif di akaun saya. Saya minta mereka releks sikit. Jika mereka nak tulis sesuatu komen, fikirlah dahulu. Jangan galak sangat nak komen itu dan ini. Itu akaun peribadi saya, jadi hak saya nak kawalnya dengan cara yang bagaimana", katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa anjuran syarikat rakaman Sony Music, bertempat di Menara TM, malam tadi.

Hazama, 29, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakannya baru-baru ini yang mana dia ada membalas komen berbaur teguran kepada pengikut di Instagram.

Teguran tersebut ekoran sekeping gambar mesra Hazama bersama kekasihnya Genervie sewaktu di bercuti di Boston pada Mei lalu, yang dimuat naik di Instagram itu. Sekaligus ia telah mengundang pandangan serong dari segelintir peminat.

Hazama bagaimanapun membalas komen tersebut dengan kenyataan sinis dan seakan berang apabila masyarakat sering mencari kesalahannya.

"Pada komen tersebut, saya hanya sebarkan idealogi saya. Saya tak mencarut dan saya tak marah. Saya cuma tegur. Kalau mereka baca dalam keadaan tak marah, maka mereka akan rasa marah lah. Tapi kalau mereka baca dalam keadaan kelakar, maka mereka rasa kelakar lah", tambahnya lagi.

Tangguh Kahwin Sebab Beza Agama
Dalam pada tu ditanya mengenai perkembangan hubungan cintanya bersama pemain biola Genervie Kam, kata Hazama, buat masa ini mereka belum berbincang untuk mengakhiri cinta mereka ke jinjang pelamin. Sebaliknya dia kini mahu mengukuhkan lagi kerjayanya.

"Kahwin ni bukan satu hal yang main-main. Ia satu perkara yang serius. Saya hanya berserah dan berdoa agar kami dipercepatkan. Setakat ini belum ada apa-apa tarikh (kahwin).

"Saya mahu beri tumpuan penuh pada kerjaya. Tunggulahh karier saya stalbil dahulu ", katanya.

Lagipun seperkara yang membuatkan dia dan Genervie adalah kerana mereka berdua berdepan dengan perbezaan agama.

" Tak dinafi, kekangan masa dan perbezaan agama buatkan kami tidak tergesa-gesa mahu berkahwin. Saya pun belum bersedia untuk menjadi suami dan menjadi pembimbing pada dia kerana saya sedar yang saya ini bukanlah bijak pandai dalam bab-bab agama.

"Dia pun sudah mula bertanya sedikit demi sedikit tentang agama Islam. Tapi mana yang saya tahu, saya kongsikan padanya", katanya lagi.

Perkembangan lain, Hazama bakal muncul dengan lagu cover 'Air Mata di Kuala Lumpur' (nyanyian asal Allahyarham Tan Sri P. Ramlee). Lagu tersebut sebetulnya akan dijadikan lagu tema untuk sebuah telemovie yang akan di siarkan di Astro Awani tidak lama lagi.

Selain itu, dia juga bakal muncul dengan single berjudul 'Ulik Sayang'. Serta sebuah telemovie, 'Rock Sangkut' akan ditayangkan di Astro sempena hari raya Aildifitri ini.

 

 


- mD