Thu09182014

LAST_UPDATEThu, 18 Sep 2014 9pm

Selepas Remy Ishak, Kini Hisham Hamid Pula Pilihan Alyah

..

Sebut saja penyanyi Alyah, pasti ramai antara kita yang pantas terbayang akan klip-klip video lagu-lagu beliau yang sering menampilkan hero-hero masa kini pujaan ramai. Antaranya seperti klip video lagu hitsnya, 'Kisah Hati' yang menampilkan aktor pujaan ramai Remy Ishak.

Terkini, menerusi klip video single terbarunya 'Sesal Separuh Jiwa', ditampilkan pula aktor yang semakin meningkat naik namanya, Hisham Hamid.

"Sebenarnya pemilihan aktor-aktor tersebut bukan keputusan saya seorang. Ianya hasil perbincangan bersama pengarah klip video saya iaitu Ghaz Abu Bakar bersama produksi. Kami berbincang dan masing-masing berikan idea. Kita tengok apa yang sedang popular sekarang, siapa yang tengah 'in' sekarang.

"Tambah bermakna klip video Sesal Separuh Jiwa ni adalah penampilan pertama saya dengan imejj berhiab. Dalam klip video tu saya cuba nak buktikan, walaupun bertudung tapi kita masih boleh selari dengan perkembangan fesyen masa kini", katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Album Havoc Raya anjuran Sony Music, bertempat di Menara TM, semalam.

Dalam pada itu Alyha berkata, Ramadan tahun ini lebih bermakna buat dirinya kerana sejak 8 tahun bergelar penyanyi, ini kali pertama dia bercuti dalam bulan puasa. Justeru masa yag ada dimanfaatkan bbersama keluarga dan untuk dirinya sendiri.

"Ramadan tahun ini saya kurangkan aktiviti sebab nak luangkan masa untuk diri sendiri dan uga bersama famili. Ini cuti kali pertama saya dalam bulan ramadan berbanding 8 tahun lepas asyik sibuk saa dengan kerja", katanya.

 

 

 

- mD