Sat09202014

LAST_UPDATEFri, 19 Sep 2014 11pm

Kes Pukul Isteri: Awie Mengaku Tidak Bersalah

Awie mengaku tidak bersalah atas tuduhan memukul istetinya, Rozana Misbun. Pengakuan dibuat di Mahkamah Seksyen / Majistret Ampang, pada Jumaat. Kredit foto Suhaizul IzharAwie mengaku tidak bersalah atas tuduhan memukul istetinya, Rozana Misbun. Pengakuan dibuat di Mahkamah Seksyen / Majistret Ampang, pada Jumaat. Kredit foto Suhaizul Izhar

Vokalis Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memukul isterinya.

Pengakuan itu dibuat dihadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman di Mahkamah Seksyen/Majistret Ampang, pada Jumaat, (hari ini).

Pada 2 Jun lalu kira-kira jam 1.30 petang, Awie telah didakwa dengan sengaja mengasari isterinya Rozana Misbun sehingga menyebabkan cedera parah dalam satu kejadian di sebuah bank yang terletak di Ukay Bistari, Taman Ukay Perdana.

Awie sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Sebelum ini, akhbar melaporkan mengenai seorang rockers yang didakwa memukul isteri sendiri dalam satu kejadian di sebuah bank di Ampang, Selangor awal Jun lalu.

Berikutan laporan tersebut, ramai yang menuding jari mengatakan individu tersebut adalah Awie. Namun beliau menafikan dakwaan tersebut.

Bagaimanapun ketika kontroversi mengenai perkara tersebut semakin reda, tiba-tiba tersebar pula tiga keping gambar didakwa isteri Awie, Rozana Misbun. Gambar-gambar itu memaparkan wajah dan telinganya berdarah yang dipercayai akibat dipukul.

Dalam pada itu Awie yang ditemui sejurus selepas sebutan kes berlangsung berkata, beliau menyerah segalanya kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

Tegasnya juga, kes ini tidak sikit pun mengganggu perjalanan kariernya.

"Kes ini tidak mengganggu kerja saya. Saya masih bekerja seperti biasa. Tapi kalau Tuhan kata sampai sini saja rezeki saya, saya terima.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut. Saya serahkan semuanya kepada peguam saya", katanya ringkas.

Awie diwakili oleh penguam Azman Harun dan Aimi Zaizul Amran.

Turut kelihatan hadir sama sewaktu sebutan berlangsung ialah ahli anggota Wings yang lain iaitu Joe (gitaris) dan Eddy (drummer).

Sementara itu, mahkamah telah memerintahkan penyanyi ini membayar ikat jamin sebanyak RM9000 dengan dua penjamin.

Kes akan disebut semula pada 11 Ogos 2014.