Sat10252014

LAST_UPDATESat, 25 Oct 2014 3pm

Raja Azmi Buang Foto-foto Lama, Mahu Meninggal Dunia Setenang Sharifah Aini

..

Pemergian biduanita negara Datuk Sharifah Aini ke Rahmatullah pada Sabtu lalu, menjadi inspirasi kepada penerbit filem sensasi Raja Azmi yang ingin meninggal dunia dalam keadaan tenang.

Sehubungan itu, Raja Azmi atau nama sebenarnya Raja Azmi Raja Sulaiman 55, mengambil tindakan membuang lebih 300 keping gambar-gambar lamanya tidak bertudung yang dimuat naik di laman Instagram.

"Selepas sembahyang subuh hati saya terdetik untuk membuang gambar-gambar lama yang tidak bertudung, saya rasa gambar-gambar itu tidak sesuai untuk dipertontonkan lagi kepada umum, kalau boleh saya mahu pergi seperti Allahyarham Sharifah Aini.

"Saya lihat pemergian Allahyarham Sharifah Aini Ahad lalu sangat tenang dan di dalam keadaan yang dia sudah bersedia untuk menemui tuhan. Allahyarham meninggal dalam bulan Ramadan dan Allah permudahkan segala urusan kematiannya, dia juga bertuah mendapat anak yang soleh," katanya seperti yang dilaporkan mStar online hari ini

Raja Azmi berkata demikian ketika diminta mengulas tentang status terbaharu di laman sosial tersebut yang mengakui tenang selepas membuang gambar-gambar lama tersebut.

Bagaimanapun, Raja Azmi berkata, dia tidak mempunyai halangan jika gambar-gambar tidak bertudungnya keluar daripada simpanan pihak lain terutama media.

Dalam pada itu, katanya, sebagai insan yang baharu sahaja berhijrah, dia sentiasa mencari dan berusaha untuk membetulkan kesilapan yang pernah dilakukannya.