Sun10262014

LAST_UPDATESun, 26 Oct 2014 10am

Gaji Tidak Disekat, Kaka Pilih Setia Dengan Wireframe

..

Sebelum ini kecoh artis-artis di bawah naungan syarikat milik Zizan Razak, Wireframe Entertainment Sdn. Bhd. (Wireframe) seperti Johan As’ari dan Kaka Azraff tidak dibayar gaji.

Semuanya disebabkan Zizan dikatakan telah membekukan akaun syarikat berkenaan sebelum pelakon dan pengacara itu berlepas ke Jepun lima minggu lalu.

Timbul dakwaan bahawa Zizan membekukan akaun syarikatnya selepas mendakwa yang rakan kongsinya, Marina Juki menyelewengkan duit syarikat.

Ekoran dakwaan itu, Marina telah tampil mengadakan sidang akhbar meminta supaya Zizan mengemukakan bukti penyelewengan tersebut dan juga tindakannya membekukan duit syarikat sehingga menyukarkan pihaknya membuat pembayaran gaji kepada artis-artis di bawah naungan syarikat berkenaan.

Zizan memegang sebanyak 70 peratus saham syarikat tersebut manakala bakinya dimiliki Marina.

Tidak mengelak daripada memperkatakan tentang isu tersebut, penyanyi lagu Infiniti Cinta itu memberitahu, dia tidak berdepan dengan masalah penerimaan gaji.

"Tiada masalah bayaran. Wirefame masih membayar gaji saya seperti biasa", katanya seperti yang dilaporkan Kosmo! hari ini.

Malah, selama tiga tahun bersama Wireframe, Kaka bersyukur kerjayanya dalam bidang nyanyian lebih menyerlah berbanding dahulu.

"Saya masih mengharapkan Wirefame menguruskan kerjaya nyanyian saya. Saya tiada niat langsung untuk ke syarikat lain. Apa yang terjadi antara Zizan dan Marina adalah masalah dalaman. Ia tidak melibatkan pihak lain.

Selama tiga tahun bersama dengan Wirefame, saya nampak perjalanan kerjaya nyanyian saya berkembang. Tanpa mereka berdua (Zizan dan Marina) saya tidak akan berada pada tahap sekarang. Zizan juga berjaya selepas diuruskan oleh Marina", ujarnya.

sumber : Kosmo!