Fri12192014

LAST_UPDATEFri, 19 Dec 2014 11pm

Luna Maya Akui Kekok Dengan Aaron Aziz

..

Aktres popular Indonesia, Luna Maya mengakui berasa kekok ketika mula-mula mahu berlakon dengan aktor popular Aaron Aziz dalam filem terbaru arahan pengarah prolifik, Ahmad Idham yang berjudul 'Tembus'.

Luna Maya yang ditemui pada sesi previu filem tersebut bersama media semalam berkata, sebelum ini dia pernah mendengar nama Aaron menerusi filem 'KL Gangster' dan tahu serba sedikit akan latar belakang aktor itu menerusi program E Channel yang ditontonnya tahun lalu.

"Sebelum ini saya hanya dengar saja namanya dan tahu popularitinya sangat besar di Malaysia. Saya tahu dia berlakon dalam filem KL Gangster dan saya pernah menonton dia di E Channel.

"Jadi mana mungkin saya menolak saat ditawarkan belakon filem ini apatah lagi saya dimaklumkan akan berlakon bersama dia. Walaupun pada awal penggambaran kami sangat kekok, mungkin kerana belum saling kenal. Tapi lama-kelamaan semuanya okay dan penggambaran berjalan lancar", katanya ketika ditemui di e@Curve, malam tadi.

Filem tersebut turut membariskan barisan pelakon seperti Khir Rahman, adik Mia Sara dan Fazura.

Psiko
Tambah Maya lagi dia tertarik untuk menerima tawaran Ahmad Idham kerana ingin mencuba sesuatu yang baru disamping menimba pengalaman baru berkerja dengan produksi Malaysia.

"Kalau di Indonesia, saya sering membawakan watak-watak perempuan baik dalam sinetron-sinetron. Saya sudah mulai bosan dengan karakter seperti itu. Tapi saat ditawarkan untuk filem ini, saya terus tidak fikir panjang kerana watak saya kali ini berbeza. Saya seorang perempuan psiko dan enggan di tinggalkan teman lelaki.

"Dari segi cara kerja, memang berbeza antara produksi di Indonesia dengan produksi di Malaysia. Sepanjang penggambaran, saya seronok kerana kru-kru di sini semuanya melayan saya dengan baik", katanya.

'Tembus' mengisahkan Hari, seorang lelaki yang memengan tanggungawabb besar dalam mengotakan janjinya untuk melihat rumahtangganya semakin dilimpahi kemewahan dengan mengizinkan isterinya, Izza (lakonan Fazura) menguruskan syarikat. Sedangkan dia menjalankan tanggungawab menjaga anaknya, Zara (lakonan Mia Sara).

Dimata masyarakat, Hari dan Izza adalah pasangan ideal yang sukses dalam rumahtangga dan kerjaya. Pasangan suami isteri ini tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa gosip. Pendek kata, tiada apa yang mampu menembusi dunia peribadi mereka.

Namun detik cemas bermula apabila Zara diculik. Dan penculikan misteri itu yang membongkar dan terluahnya segala konflik dalaman yang selama ini dipendam baik Hari, Izza sendiri juga dari orang sekeliling yang rapat dengan mereka.

Adakah Zara dapat ditemui atau dia menadi mangsa kes penculikan kanak-kanak? Adakah mampu Hari dan Izza menembusi benteng yan mereka bina sendiri? Adakah yang salah menerima akibat rasa dendamnya dengan hukuman yang sepatutnya?

Semuanya akan terjawab dalam 'Tembus' yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 28 Julai ini, bersamaan sambutan Aidil Fitri 2014.

- mD