Thu12182014

LAST_UPDATEThu, 18 Dec 2014 7pm

Aaron Aziz Kesal 'Baju Melayunya' Diciplak

Kredit foto mStar onlineKredit foto mStar online

Pelakon Aaron Aziz kesal dengan tindakan segelintir peniaga yang mengambil jalan mudah dengan meniru jenama Baju Melayu Aaron Aziz yang dikeluarkan oleh Jakel.

Bercakap kepada mStar online, Aaron berkata, tindakan itu boleh menjejaskan jenama Baju Melayu itu yang asli berikutan kualiti yang digunakan oleh baju tiruan tidak memuaskan.

“Saya kesal apabila mendapat tahu ada Baju Melayu jenama Aaron dikeluarkan oleh pihak lain yang cuba mengambil kesempatan pada musim perayaan ini.

“Saya ada lihat mereka menggunakan nama 'Aaron Jakel' atau 'Zizan Jakel' dan menjualnya dengan harga yang sangat murah dan tidak berkualti,” katanya.

Sementara itu, Aaron yang dilantik menjadi duta bagi tahun kedua jenama pakaian itu berharap agar peminat-peminatnya tidak terpedaya dengan jenama tiruan tersebut.

Katanya, perkara tidak bertanggungjawab itu seharusnya tidak mendapat sokongan daripada pembeli terutamanya peminat-peminatnya.