Wed09032014

LAST_UPDATETue, 02 Sep 2014 11pm

Kerana Macaron, Fazley Bekukan Cuti Pekerja

..

Penyanyi Datuk Fazley Yaakob terpaksa membekukan cuti para pekerjanya demi menyiapkan tempahan macaron bersempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri penghujung bulan ini.

Fazley berkata, dia tidak menyangka tempahan manisan berkenaan secara dalam talian meningkat secara mendadak sejak awal Ramadan dan berharap ia dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

"Saya tiada pilihan selain membekukan cuti para pekerja saya kerana tempahan yang masuk sangat banyak sehingga kami tidak cukup tangan bagi menyiapkan semua tempahan.

"Alhamdulillah tempahan cukup memberangsangkan terutama secara online dan ia cukup mengembirakan," katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.

Dalam pada itu, Fazley berkata, demi memastikan produk yang diberi nama Suka Sucre itu dihasilkan mengikut standard, penyanyi lagu Asmara Ini itu sanggup mengenepikan persiapan Syawal tahun ini demi mendahulukan tempahan pelanggan.

Malah kata Fazley, dia turut mempelbagaikan perisa macaron yang ditawarkan agak lebih unik daripada kebiasaan sehingga membuatkan dia sibuk menguruskan perniagaan tersebut.