Thu09182014

LAST_UPDATEThu, 18 Sep 2014 9pm

Famili Tertekan, Larang Hefny Jaja Kisah Cintanya Dengan Nad Zainal

..

Disaat hubungan cintanya dengan aktres Nad Zainal tersebar dan hangat diperkata ramai, pengacara juga pelakon Hefny Sahad, 27, memberitahu keluarganya turut menerima tempias dek cerita dia dan kekasihnya itu.

Menurut jejaka yang bakatnya mula dicungkil daripada program realiti pengacaraan 'On Air' musim pertama ini, ketika gosip mereka menjadi bualan, ibu bapa serta keluarganya juga turut dihujani pelbagai pertanyaan daripada orang sekeliling,. Hinggalah akhirnya dia dan Nad membuat pengakuan sekitar awal bulan lalu, yang benar mereka bercinta.

"Hubungan kami baik dan masih rapat cuma jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk dengan kerja. Keluarga saya pun okay dengan perhubungan kami. Cuma, mereka melarang saya terlalu bercerita tentang hal cinta kami pada umum.

"Sebab masa awal-awal tersebar cerita tentang kami, tak dinafi keluarga saya turut terganggu dan tertekan. Banyak orang seperti jiran-jiran dan rakan-rakan mula bertanya macam-macam soalan kepada ibu saya. Tak kurang juga, ayah saya yang turut menerima pelbagai pertanyaan orang sekeliling. Sampaikan ada yang hantar keratan tentang gosip kami kepada dia menerusi What's Apps.

"Tapi bila saya jelaskan pada mereka satu persatu akan hal sebenar, mujurlah mereka memahami dan boleh menerimanya. Saya juga minta mereka jangan terlalu ambil pusing akan gosip-gosip yang timbul mengenai kami. Sekiranya mereka inginkan kepastian, terus ertanya kepada saya daan bukan percaya pada cakap-cakap orang", katanya kepada Malaysia Digest ketika ditanya mengenai perkembangan hubungannya dengan heroin drama Kampung Girl itu.

Hefny berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Program-program Terbaik Dari Pakej Indopek dan Majlis Berbuka Puasa, bertempat di Taman Tasik Ampang Hilir, malam tadi.

Tambahnya lagi, disebabkan permintaan itu juga dia arang muncul bersama Nad di majlis-majlis hiburan malah menolak beberapa sesi fotografi yang mahu mengandingkan mereka berdua. 

"Sebab itu juga saya dan Nad jarang pergi event sama-sama. Lagipun jadual kami padat. Selain itu saya ada juga menolak sesi fotografi yang mahu menggandingkan kami. Saya rasa buat masa in tak perlu lah dulu sebab hubungan kami pun masih baru dan itu juga sebagai menghormati permintaan keluarga", tuturnya. 

Meskipun mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga, namun sehingga kini dia belum berpeluang memperkenakaan Nad kepada keluarganya. Bagaimanapun Hefny mengakui sudah dua kali bertemu dengan keluarga buah hatinya itu.

"Rumah famili dia di Ampang, senang lah nak jumpa. Macam saya, keluarga saya di Johor Bharu. Say belum berpeluang lagi membawa Nad bertemu keluarga saya", katanya.

Pada awal Mei lalu, Hefny mengakui memang sedang bercinta dengan pelakon kecil molek, Nad Zainal selepas gadis itu menamatkan hubungan dengan Azwan Kombos. Timbul juga kontroversi apabila Hefny dituduh merampas Nad daripada pelakon lelaki itu. Namun Nad tampil memberika kenyataan bahwa hubungan dia dan Hefny terjalin selepas berpisah dengan Azwan.

Belum Sedia Lamar Nad
Dalam pada itu ditanya mengenai sejauh mana kesahihan desas desus mengatakan mereka bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, jawab Hefny, dia mengakui serius dengan Nad tetapi buat masa ini soal kahwin masih belum difikirkan.

Memang tinggi harapannya untuk membawa hubungan mereka hingga ke jinjang pelamin. Begitupun Hefny memaklumkan yang dia tidak akan melamar Nad sebagai isteriya selagi dia belum mencapai beberapa perkara yang diimpikan sebelum ini.

Meletakkan target diusia 30 tahun mahu bergelar suami, namun sebelum itu dia mahu memastikan yang dia sudah berjaya membelikan sebuah rumah untuk kedua ibu bapanya.

"Kalau tanya soal keseriusan, memang dari awal sejak berkenalan dengan Nad, saya sudah anggap hubungan itu serius. Mestilah kami ada mengharapkan... mudah-mudahan sampai ke jinjang pelamin. Tapi bukanlah dalam masa terdekat ini seperti yang digosipkan.

"Saya ada banyak perkara lain yang ingin saya capai dahulu. Antaranya, saya ingin membelikan sebuah rumah untuk keluarga saya. Itu azam saya sebagai membalas jasa keluarga saya. Selepas itu baru saya fikirkan tentang kahwin. Lagipun saya target kalau boleh nak kahwin umur 30 tahun.

"Dan bila saya suarakan pada Nad tentang impian-impian yang ingin saya capai dulu, dia okay dan menyokong apa yang ingin saya lakukan. InsyaAllah, kalau boleh nanti saya nak terus kahwin, tak mahulah bertunang sebab orang bertunang ni lebih banyak dugaannya", ujarnya sambil tergelak kecil.

 

- mD