Mon11202017

LAST_UPDATEMon, 20 Nov 2017 2am

Menjelang Syawal, Nik Michael Bergaduh Dengan Ibu Saudara

..

Minatnya yang mendalam terhadap dunia masakan berputik sejak usia 9 tahun lagi. Bapanya Datuk Nik Ezar Nik Bolia, seorang chef berpengalaman merupakan inspirasinya.

Lebih membanggakan Nik Michael Imran, dia kini sudah bergelar taukeh kepada restoran miliknya yang diberi nama Piknick. Mula beroperasi kira-kira dua tahun lalu, restoran tersebut terletak di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Popularitinya semakin meningkat sejak mengendalikan 'Helo Bro...Tolong Masak', 'Dapur Panas', 'Remaja Extreme' dan 'Tea Twist' (saluran AFC Food Channel).

Bagaimana pun kata jejaka yang senang dengan panggilan Chef Nick ini, sebelum ini ada pihak yang seperti tidak percaya akan kelebihannya yang pandai memasak termasuk lah dikalangan saudara-maranya sendiri.

Bukan berniat mahu membuka pekung jauh sekali memburuk-buruk saudaranya, namun Chef Nick mendedahkan perkara tersebut sewaktu menceritakan antara pengalamannya membuat persiapan menjelang sambutan Aidilfitri.

Kata jejaka berusia 25 tahun ini, jika dulu, walaupun dia minat memasak sejak kecil tetapi setiap kali pulang ke kampung untuk menyambut hari raya, dia pasti dihalang oleh ibu saudaranya masuk ke dapur dan membantu mereka memasak.

Namun sejak menyertai program realiti masakan 'MasterChef Malaysia' musim pertama, ibu-ibu saudaranya sudah membenarkan dia turut sama membantu kerja masak-memasak.

"Kalau dulu saya tak boleh masuk dapur walaupun niat saya nak bantu ibu-ibu saudara saya memasak. Tapi sejak saya sertai rancangan memasak, bila tiba masa mereka nak masak juadah raya, mereka akan panggil saya sekali. Tapi kalau kami di dapur suasananya memang riuh, atau dalam erti kata lain, kami macam 'bergaduh'.

"Sebabnya, saya kalau tengok makcik saya potong misalnya bawang atau sayur dan sebagainya, kalau saya rasa teknik mereka potong tu tak betul, saya mesti tegur. Iyalah sebab cara saya belajar lain dengan cara mereka. Saya pun cubalah perbetulkan. Tapi saya yang dimarahi oleh makcik saya, mereka kata "dah bertahun dah mereka potong macam tu (cara mereka)", kata anak kacukan Australia dan Melayu ini sambil tertawa mengenangkan gelagat ahli-ahli keluarganya itu.

Cuti Hanya 3 Kali Setahun
Sementara itu, beralih pula pada bidang kerjaya, Chef Nik berkata, tumpuannya kini diberikan sepenuhnya kepada restorannya. Disebabkan dia menceburi dunia perniagaan makanan, meskipun sambutan Aidilfitri, dia hanya menutup restorannya untuk sehari dua sahaja.

"Restoran saya hanya tutup 3 kali saja setahun iaitu pada hari raya Aidilfitri, pada Tahun Baru dan pada hari Raya Aidiladha. Macam tahun ni, cuti raya saya pun tak lama, hanya dua atau tiga hari saja. Selepas itu saya sudah kembali bekerja di restoran.

Walaupun masa menyambut raya bersama keluarga singkat, tetapi kata Che Nik,kesempatan itu digunakan sebaiknya untuk berkumpul bersama sanak saudara.

"Setiap kali raya, kami akan berkumpul di kampung di Simpang Pulai, Johor. Adik beradik ayah saya ramai dan memang meriah lah. Tahun ni keluarga rancang pakai baju sedondon rona nude colour.

Walaupun cuti saya hanya sekejap, tapi masa yang ada memang saya manfaatkan untuk bersama keluarga dan sanak saudara. Lagipun kami masing-masing sibuk dan jarang dapat berjumpa, jadi hanya pada hari raya saja lah kami dapat bertemu.

Perkembangan lain, selepas raya nanti Chef Nik akan terlibat dengan sebuah program baharu terbitan TV9, 'Bikin Panas'. Dalam program tersebut menampilkan para selebriti akan bertanding memasak manakala chef Nik selaku hos dan juga juri yang akan mengadii hasil masakan para selebriti yang terlibat.

- mD