Sat12202014

LAST_UPDATESat, 20 Dec 2014 10am

MH17: Awal Ashaari Ajak Peminat Berkabung Bersama

..

Sedia maklum, hari ini tanggal 22 Ogos merupakan hari perkabungan negara. Selepas 37 hari nahas tragedi MH17 berlaku, kumpulan pertama jenazah rakyat Malaysia yang diterbangkan pulang ke tanah air pada Khamis (semalam) dijadual tiba ke pangkuan keluarga pada pagi Jumaat hari ini. Dan seluruh rakyat diminta bertafakur selama seminit dan bersama-sama merasai kesedihan serta sebagai tanda menzahirkan penghormatan terakhir buat jenazah-jenazah.

Bagi pelakon Awal Ashaari, dia punya cara tersendiri dalam memberi hormat kepada mangsa-mangsa dan ahli keluarga MH17.

“Saya ingin mengajak semua masyarakat berkabung bersama. Tidak susah pun, kita boleh sedekahkan doa kepada mereka. Mungkin jika di laman sosial jangan kita letak gambar atau apa sahaja terutama hiburan tetapi letaklah gambar yang berkaitan.

"Saya juga turut berkabung, saya tidak mengambil job hiburan pada hari tersebut bagi menghormati hari berkabung. Saya juga akan hadkan untuk meletakkan apa-apa dia Instagram dan sebagainya. Salam takziah juga dari saya untuk semua yang terlibat. Harap semuanya bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi”, katanya.

- mD