Mon11202017

LAST_UPDATESun, 19 Nov 2017 10pm

Shuib Akui Malu Lakon Adegan Intim Dengan Zarina Anjoulie

..

Pelawak Shuib (Sepahtu) mengakui berat hati dan berasa sangat malu sewaktu melakukan beberapa adegan intim bersama aktres seksi lagi kontroversi Zarina Anjoulie Lavocah daam filem terbaru arahan pengarah prolifik, Mamat Khalid berjudul 'Amir & Loqman Pergi ke Laut' (ADLPKL).

Menurut Shuib, dia mengambil sedikit masa untuk berfikir sebelum bersetuju melakukan babak tersebut. Namun atas nma kerja dan tanggungjawab, dia cuba memberikan satu lakonan sehabis baik seperti yang dikehendaki oleh pengarah.

"Ada dua, tiga babak yang saya susah sangat nak buat. Sejujurnya saya berat hati dan malu semasa buat adegan itu. Sudahlah saya perlu lakonkan di hadapan puluhan kru. Malunya tak tahu nak cakap. Sebelum ini saya pernah lakonkan babak intim bersama Julia Ziegler, dalam filem 'Man Sewel Datang KL'. Tapi tidak lah keterlaluan. Dalam filem ini pun, pada saya sebenarnya bukan lah intim dan daring yang melampau tetapi ia disebabkan saya berlakon dengan Zarina.

"Seperti yang ramai tahu, Zarina seorang pelakon yang seksi, kan. Penampilannya saja kita sedia maklum bagaimana. Jadi saya dapat rasakan yang mungkin penonton nanti akan beranggapan lain. Jadi saya mulanya tak mahu buat.

"Semasa abang Mamat arahkan kami berlakon adegan itu, saya beberapa kali juga mendapatkan kepastian dariada abang Mamat. Saya cakap, "abang ni biar betul nak saya buat macam tu". Tapi beliau bertegas mahukan adegan sebegitu.

"Sebagai seorang pelakon saya hanya jalankan tanggungjawab saya seperti yag diminta pengarah. Lagipun saya lakukan di depan puluhan kru", jelasnya dengan panjang lebar ketika ditemui pada sesi tayangan bersama media filem terbitan Tayangan Unggul itu, bertempat di [email protected], kelmarin.

Salah satu babak lakonan Shuin dan Zarina Anjoulie dalam filem ADLPKLSalah satu babak lakonan Shuin dan Zarina Anjoulie dalam filem ADLPKL

Dedah Shuib lagi, isterinya yang juga penyanyi Sarah Raisuddin agak marah apabila melihat adegan lakonannya itu. Namun marah pelantun lagu 'Kesetiaan' itu tidak berpanjang.

"Sepanjang penggambaran, saya ada sekali dua mengadu pada dia yang saya tertekan di set sebab ada babak yang susah saya nak lakukan. Dan saya tidaklah beritahu dia secara terperinci mengenai adegan saya dengan Zarina.

"Sehinggalah sewaktu proses dubbing, dia ada melihat preview filem ni dan masa tu dia 'bising' juga lah. Katanya, patutlah saya gembira jer bila setiap kali nak pergi ke lokasi penggambaran". Kalau sewaktu filem Man Sewel dulu, Sarah ada ikut saya ke set dan tengok sendiri lakonan saya dengan Julia. Tapi untuk filem ni dia tak ikut. Tapi elok jugalah dia dah tengok lebih awal babak tu sebab lambat laun dia akan tahu juga", tutur Shuib lagi sambil tertawa.

Dalam pada itu bapa dua anak ini juga berkata, peluang bekerja dengan Mamat Khalid merupakan satu pengalaman yang cukup berharga. Meskipun Mamat Khalid ada ketikanya garang di set tetapi sepanjang penggambaran ADLPKL, Shuib banyak menimba ilmu lakonan daripada pengarah yang pernah dinobatkan sebagai Pegarah Terbaik FFM21.

"Setiap kali saya nak ke set saya rasa takut sebab abang Mamat garang. Kalau bab maki,maki tu dah biasa dah. Tapi itu satu proses pembelajaran bagi orang seperti saya yang masih mentah dalam dunia lakonan. Walaupun kadang-kadang kami para pelakon tak faham dan tak tahu apa sebenarnya yang abang Mamat nak kami buat, tapi bila tegok hasilnya, ia memang diluar jangkaan kita", katanya.

ADLPKL berkisar tentang perjalanan dua orang sahabat baik iaitu Amir (Shuk) dan Luqman yang ingin keluar daripada sebuah kumpulan gengster dengan cuba merompak kedai-kedai kecil kerana perlu membayar RM30,000 sebagai syarat untuk keluar daripada kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, cubaan mereka sering kali gagal kerana sifat mereka yang lurus bendul, malah tidak tahu cara untuk melakukan sebarang kegiatan jenayah.

Filem terbitan Astro Shaw ini turut menampilkan Sofi Jikan, Shuk Balas, Nadia Mustafar, Kaza dan Rashidi Ishak. Ia bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 25 September ini.  

-mD