Mon11202017

LAST_UPDATEMon, 20 Nov 2017 2am

30 Buah Lagu Berentap di Separuh Akhir Muzik Muzik 29

Barisan artis yang akan berentap di minggu pertama, kedua dan ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik 29.Barisan artis yang akan berentap di minggu pertama, kedua dan ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik 29.Sebanyak 30 buah lagu bakal berentap di Separuh Akhir dan seterusnya 12 buah lagu akan mara ke Anugerah Juara Lagu 29 yang bakal diadakan pada bulan Januari 2015.

Separuh Akhir Muzik-Muzik 29 ini bakal bermula pada 14 November yang mempertandingkan 10 buah lagu. Diikuti dengan 11 buah lagu lagi pada 21 November, dan 9 buah lagu pada 28 November di mana pada episod ini bakal diumumkan juga kesemua 12 lagu yang berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 29.

Berikut adalah senarai lagu yang berjaya ke pusingan Separuh Akhir ini mengikut turutan persembahan:

14 November 2014

1. Malaikat (Hazama)
2. Dia Yang Kau Pilih (Shahir)
3. Hilang (Najwa Latif)
4. Romancinta (MOJO)
5. Si Putih Si Merah (Black & RJ)
6. Akhiri Penantianku (Alif Satar)
7. Dunia & Syurga (Akim)
8. Masih Aku Cinta (Shila Amzah)
9. Cinta Tak Pergi (Tomok & Yana Samsudin)
10. Gilalah (Stacy)
Persembahan Artis Jemputan : Amir Ukays

 

21 November 2014

1.Infiniti Cinta
2. Kau Pergi Jua (IamNeeta ft. Najwa Latif
3. Percayalah (Indah Ruhaila)
4. Aku Juga Manusia (Amir Jahari)
5. Rindukanlah (Encik Mimpi)
6. Gadis Jolobu (Dato Hattan & Waris)
7. Arjuna Beta (Fynn Jamal)
8. Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah)
9. Ayuh Tinggalkan Dia (Encik Mimpi)
10. Pasti Sempurna (Hyperact)
10. Kau Pergi Jua (IamNeeta ft. Najwa Latif
11. Jodoh Berdua (Hafiz Hamidun)
Persembahan Artis Jemputan : Elly AXL's

 

28 November 2014

1. Al Haq Yang Satu (Mawi & Dato' AC Mizal)
2. Cinta Makrifat (Awie & Erra Fazira)
3. Rentak Laguku (Bunkface)
4. Sesal Separuh Nyawa (Alyah)
5. Lelaki (Yuna)
6. Matahari (Hafiz)
7. Mewangi (Akim Majistret)
8. Tak Pernah Berjumpa (Forteen)
9. Apa Khabar (Joe Flizzow ft. Sona One
Persembahan Artis Jemputan: Ezad Exists

Para penonton berpeluang menyaksikan persembahan artis-artis pujaan mereka secara percuma di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam atau secara langsung di TV3 pada jam 9 malam hingga 10.30 malam.

-mD