Mon11202017

LAST_UPDATEMon, 20 Nov 2017 2am

'Running Man' Takkan Jadi Fenomena, Tak Digilai Kalau Bukan Ini Sebabnya...

Lima daripada hos Running Man menghiburkan para peminat di Stadium Negara Sabtu lalu. Dari kiri : Kwang Soo, SeokJin, Jihyo,JongKook dan HaHa.Lima daripada hos Running Man menghiburkan para peminat di Stadium Negara Sabtu lalu. Dari kiri : Kwang Soo, SeokJin, Jihyo,JongKook dan HaHa.

Malam Sabtu lalu, kalau di pinggir ibu kota atau lebih tepat, di Stadium Nasional Bukit Jalil, ribuan peminat bola sepak tempatan menjadi saksi kepada perlawanan penting, pasukan Pahang menentang JDT. Nun di tengah ibu kota pula atau lebih tepat lokasinya, di Stadium Negara, lima figura ini yang dikenali sebagai hos Running Man ini membuktikan kenapa dan apa fasal mereka ini sangat-sangat digilai?

Secara ringkas, 'Running Man' adalah rancangan game show popular terbitan SBS, yang mula mencipta fenomena sejak ditayangkan pada Julai 2010 (kini mempunyai sebanyak 218 episod). Rancangan ini menjadi program pilihan bukan sahaja dikalangan peminat dunia Kpop malah turut mereka berjaya menuri tumpuan para peminat dari kalangan pelbagai peringkat usia juga seisi keluarga.

Kemudian daripada fenomena yang dicipta menerusi kaca televisyen, mereka berjaya buat peminat-peminat histeria secara live menerusi acara bertemu peminat musim pertama di Singapura, tahun lalu.

Kini, sebagai menambahkan lagi impak tersebut menerusi acara 'Running Man Fan Meeting Race Start Season 2 in Malaysia', Kim Jong Kook (38 tahun) HaHa (35 tahun), Song JiyHo (33 tahun), Jee SukJin, (48 tahun) dan Lee KwangSoo (29 tahun) hadir untuk memberikan sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan para peminat mereka, di tanah air.

Kuala Lumpur menjadi persinggahan kedua terakhir mereka sebelum menamatkan jejalah ini di Singapura pada 29 November ini nanti.

Rendah Diri

..

Ini merupakan kunjungan kali kedua bagi Jong Kook (kali pertama Fan Meeting-nya pada Jun 2013), Kwang Soo, (kali pertama Fan Meetingnya pada Januari 2014) dan HaHa @ Ha Dong Ha sempena showcase pada November 2013) ke sini. Manakala Ji Seok Jin dan si cantik manis, Song Ji Hyo, ini kali pertama mereka di Malaysia.

"Kami tidak pernah menyangka begitu ramai mengenali kami dan suka menonton Running Man. Sebenarnya, kami tidak pernah terfikir yang kami akan jadi popular. Semuanya kerana sokongan peminat-peminat sejak dari episod pertama lagi hingga kini. Kerana sokongan padu peminat juga buatkan kami sentiasa rasa bersemangat untuk terus menghiburkan para penonton.

"Malah kami juga sebenarnya tidak pernah menganggap penglibatan kami dalam Running Man sebagai satu kerja atau mahu mencari popular. Sebaliknya kami sentiasa rasa seronok dan berseronok sepanjang penggambaran. Dan kami harap peminat-peminat pun akan terhibur setiap kali mereka menonton Running Man", kata Jong Kook kepada Malaysian Digest.com

..

"Saya sangat seronok sepanjang saya berada dalam Running Man kerana kami bagaikan adik beradik. Kami saling menyayangi dan sokong menyokong antara satu sama lain. Mereka banyak mengajar saya bagaimana untuk sentiasa merendah diri. Terutamanya Kwang Soo dan Seok Jin, selalu mengajar saya bagaimana untuk menghargai peminat dan menjadi natural. Kami juga tidak akan berada di sini kalau bukan tanpa sokongan peminat", celah Jihyo pula.

Hadir tanpa dunia lagi anggota iaitu Kang Gary dan Yoo Jae Suk (kerana masing-masing sibuk dengan penggambara), kelima-lima idol ini ditemui pada sidang media bertempat di hotel Double Tree, Kuala Lumpur, beberapa jam sebelum acara Fan Meeting.

Bikin Peminat Pecah Perut

..

Sementara itu, kemuncak keterujaan dan keseronokan para penonton yang berada di Stadium bermula kira-kira jam 6.45 petang. Berlangsung selama dua jam, 'Running Man Fan Meeting Race Start Season 2 in Malaysia', hangat dengan aksi-aksi selamber, mencuit hati, 'nakal oleh idola-idola kesayangan ramai ini menerusi beberapa sesi game yang dijalankan.

Disaksikan kira-kira 2,500 peminat, tirai acara yang dianjurkan saluran One HD ini dimulakan dengan pembukaan nyanyian daripada setiap anggota Running Man. Terus-terang, walapun suara mereka tidaklah sesedap mana, tetapi kesungguhan dan keikhlasan Jihyo, Kwang Soo dan Seok Jin menyanyikan lagu masing-masing wajar dipuji. Manakala, keupayaan Jong Kook dan HaHa yang menyanyi dengan baik memang tidak dinafi, lagipun mereka juga memang sedia bergelar penyanyi.

Kemudian suasana dihangatkan lagi dengan acara yang membuatkan rata-rata audience 'makan hati' iaitu sesi game bersama peminat-peminat bertuah menerusi cabutan bertuah. Sesi game ini menyaksikan setiap peminat yang terpilih melalui beberapa cabaran-cabaran bersama Running Man.

..

Sepanjang acara ada saja gelagat, lawak juga aksi-aksi spontan yang dipamerkan mereka hingga membuatkan penonton 'pecah perut' dek ketawa terbahak-bahak. Apa tidaknya, ada saja lawak-lawak dan adegan usik mengusik sesama mereka. Gamat stadium dibuatnya dengan sorakan dan gelak tawa para penonton. Terutama gelagat Kwang Soo dan Seok Jin dan HaHa.

Misalnya ada satu ketika, gelagat Kwang Soo yang 'cuba' mengorat Jihyo mengudang gamat satu arena. Idola tinggi lampai itu melakukan gaya pose manja dan 'bajet comel' dan berharap Jihyo boleh berkata "saya cintakan awak" kepadanya.

Disamping itu, antara aksi spontan, lucu yang juga mengundang gelak tawa ramai seperti aksi berlawan bontot, 'teka-teka', aksi Jong Kook dan Kwang Soo berkongsi makan coklat Pepero - adegan 'romantik' dan lawak.

Seterusnya, selepas berehat seketika, anggota Running Man tampil semula kali ini dengan persembahan nyanyian solo. Bermula dengan Seok Jin yang menyanyikan lagu Black Glasses. Diikuti Kwang Soo yag muncul dengan showmanship bermain piano dan mendendangkan lagu 'Because of Love' (Yoo Jae Ha).

..

Tiba giliran si manis Jihyo, dia menyampaikan lagu soundtrack 'Emergency Couple'. Lebih membuatkan para penonton tersentuh apabila pelakon drama hits 'Princess Hour' ini turut mendendangkan lagu kekasihnya (Kang Gary), 'Turn off the TV'. Walaupun kekasihnya itu tidak dapat hadir sama pada sesi fans meeting kali ini, setidak-tidaknya dengan nyanyian Jihyo, dapat mengubat kerinduan para peminat pada Gary.

Kemudian, Kwang Soo dan Seok Jin mengambil alih dengan persembahan parodi menyanyikan lagu 'Troublemaker' (lagu duet Hyuna dan Hyun Seung). Aksi mereka berdua ini memang sangat lawak!

Seterusnya 'abang Sparta' (Tiger), Jong Kook tampil dengan menyanyikan dua lagu ballad, 'Han Namja' (One Man) dan lagu Sunday Morning (Maroon 5) - gentleman sungguh gaya idola bertubuh sasa ini membuatkan ramai peminat 'cair' dengan persembahannya

Suasana tambah hangat dan rancak dengan kemunculan HaHa menyampaikan lagu 'Rosa'. Para peminat turut ikut menyanyi bersama-sama. Kemudian, HaHa dan Jong Kook bergandingan mendendangkan lagu 'Busan Vacance'.

Sebagai melengkapkan segmen persembahan nyanyian, kelima-lima mereka muncul dan menyanyikan lagu 'Put You Hands Up' (2PM) sambil mengajak sekalian yang ada menyanyi dan menari bersama mereka.

Keterujaan para peminat semakin menjadi-jadi apabila Kwang Soo turun dari pentas dan terus meluru ke arah para peminat yang duduk dibahagian atas belah kanan stadium. Peminat tidak melepaskan peluang mengejar idola yang terkenal dengan jolokan 'Prince of Asia' itu untu bersalaman dan bergambar bersama. 'Fans service' Kwang Soo, memang terbaik!

..

Sebelum tamat, kelima-lima anggota Running Man menyanyikan lagu 'Sarang Suruwo'. 'Running Man Fan Meeting Race Start Season 2 in Malaysia' berakhir kira-kira jam 9 malam.


- mD