Tue10242017

LAST_UPDATEFri, 27 Oct 2017 9am

Lindsay Lohan Bertudung, Diana Danielle Pula Bergaya Seksi

..

Ketika nama selebriti popular Hollywood, Lindsay Lohan sejak minggu lalu hangat diperkatakan kononnya dia sedang cuba belajar menutup aurat, lain pula halnya seorang pelakon jelita tempatan yang berani bergaya seksi untuk majalah Esquire Malaysia, baru-baru ini.

Dalam keluaran edisi bulan ini majalah tentang gaya hidup lelaki itu menampilkan aktres Diana Danielle, 24, menjadi selebriti pilihan.

Melalui Intipati temubual majalah tersebut dengan Diana, banyak bercerita mengenai pengalaman karier pelakon filem Kami Histeria itu di mana dia lebih selesa memilih karya berkualiti dan yang benar-benar berpotensi menaikkan namanya.

Namun, apa yang lebih mengejutkan ialah keberanian ibu anak satu ini tanpa segan silu tampil dengan beberapa gaya dan penampilan yang seksi, khas untuk edisi kali ini.

Gaya pertama memperlihatkan Diana yang hanya berpakaian ala bikini sambil membuat gaya dia menutup sebahagian tubuhnya dengan bendera Amerika Syarikat.

Selain itu, dia juga tampil dengan gaya berbaring dan mengena baju T berwarna hitam yang dipadankan dengan seluar pendek sekaligus menampakkan paha dan betisnya yang putih gebu!

..

Aksi-aksi 'posing maut' yang dilakukan isteri pelakon Farid Kamil ini mendapat reaksi dan komen-komen negatif peminat yang menyifatkan Diana yang sudah bergelar ibu dan isteri tidak wajar bergaya seperti itu.

Ada juga yang mempersoalkan di mana rasa malu dan hormat Diana kepada suaminya, Farid.

MD cuba menghubungi Diana menerusi pengurusnya Fadzil Zahari untuk mendapatkan komen tetapi panggilan berkenaan tidak berjawab.

Diana sebelum ni pernah mencetuskan kontroversi ekoran tindakannya meluahkan rasa tidak puas hati gara-gara sekeping gambar Nora Danish bersama Farid untuk promosi sebuah filem, dimuat Nora menerusi laman Instagramnya.

Diana juga mempersoalkan kenapa dalam banyak-banyak gambar untuk promosi filem tersebut yang ada tetapi gambar Nora memegang tangan suaminya juga yang dimuat naik ke laman sosial.

{ Baca lagi :  Selepas Foto Bertudung, Lindsay Lohan Muat Naik Ayat Al-Quran }

- mD