Sat11252017

LAST_UPDATESat, 25 Nov 2017 9am

Akibat 'Merecik', Wak Doyok Dianggap Gila Seks

Gara-gara memberi komen 'merecik' di Instagram Kilafairy (gambar kanan), Wak Doyok didakwa gila seks.Gara-gara memberi komen 'merecik' di Instagram Kilafairy (gambar kanan), Wak Doyok didakwa gila seks.

Personaliti media sosial dan ikon fesyen popular Wak Doyok menyangkal dakwaan dirinya gila seks gara-gara memberikan komen berbaur lucah di laman sosial Instagram pelakon dan penyanyi Kilafairy, baru-baru ini.

Ketika dihubungi Malaysian Digest sebentar tadi, pemilik nama sebenar Muhammad. Azwan Mohd. Nor, 33, berkata, komennya itu tidak bermaksud apa-apa sebaliknya sekadar suka-suka. Malah, tiada niat memberikan komen berbaur lucah mahupun negatif.

"Saya sebenarnya jarang beri komen di Instagram orang lain tetapi komen itu sekadar suka-suka, macam antara kita dengan kawan-kawan. Lagipun memang saya dan Kilafairy, kami kawan.

"Tapi tidak sangka pula ada pihak yang ambil serius. Bila sudah ambil serius, benda itu jadi serius.

"Pada saya 'merecik' itu bukan maksud saya seks, tapi maknanya macam 'power', 'superb'. Macam ibarat kita menepung tawar pada pengantin, kita renjis dan macam itulah juga maksudnya," jelas jejaka yang dikenali dengan imej kumis dan janggut yang dilihat eksentrik ini.

Minggu lalu Kilafairy berkongsi sekeping foto yang menampakkan belakang badannya di Instagram. Foto yang boleh dikatakan agak ‘mengancam’ itu telah mendapat perhatian ramai pengikutnya termasuklah Wak Doyok lalu memberikan komen dengan menulis perkataan merecik beserta simbol air.

Komennya itu telah disalahertikan sesetengah pihak hingga melabelkan dia sebagai seorang gila seks.

..

Begitupun, Wak Doyok menyatakan dia tidak mengambil pusing mengenai dakwaan tersebut kerana ini bukan pertama kali dia menerima kritikan dan kecaman daripada sesetengah pihak.

Bukan tidak sensitif tetapi dalam hal ini, Wak Doyok berpandangan ia seperti satu budaya dan kebiasaan di mana pihak berkenaan sengaja mahu mencari perhatian.

"Dari dulu lagi saya sering terima kritikan dan kecaman, saya sudah boleh dikatakan lali. Jadi dalam hal ini saya tak ambil kisah apa yang orang nak kecam saya. Saya pernah kena yang lebih teruk lagi daripada ini.

"Kita sudah faham orang Malaysia kalau yang negatif tu cepat saja tersebar berbanding positif. Memang itu sudah macam budaya.

"Walaupun kita ni sudah hampir nak capai wawasan 2020 tapi adakalanya pemikiran sesetengah pihak tu masih lagi kurang terbuka," katanya.

Twit terkini Wak Doyok menjelaskan maksud perkataan 'merecik'.Twit terkini Wak Doyok menjelaskan maksud perkataan 'merecik'.

Dituduh Salah Ikut Sunnah

Dalam pada itu Wak Doyok meluahkan rasa kesal dan terkilan kerana baru-baru ini juga ada yang mendakwa dirinya salah ikut sunnah.

Semuanya bermula daripad komen seorang pengikut di laman sosial Twitter miliknya yang megutuk dirinya dan meminta dia cukurkan saja janggutnya itu.

"Baru-baru ini di Twitter ada seorang pengikut mengutuk saya, katanya janggut saya tu macam hutan rimba, elok cukur saja.

"Tapi saya jawab, saya tak kisah kalau nak kutuk saya tetapi simpan janggut salah satu sunnah Rasulullah SAW. Kalau kutuk, sama macam kutuk baginda.

"Alih-alih pihak itu mendakwa pula yang saya ni persendakan agama, dikatanya yang saya salah ikut sunnah sedangkan saya rasa saya jawab dalam bahasa yang baik.

"Sebab itu sekarang ni saya pun sudah banyak menyekat pengikut di laman sosial saya sebab ramai antara mereka 'follow' kerana mahu kutuk. Sekarang ini kalau saya beri komen pun, hanya berkaitan dengan fesyen saja," katanya.

Sementara itu, berkongsi mengenai perkembangan terkini, selain sibuk dengan ceramah mengenai fesyen, Wak Doyok bersama pasangan pengacaranya Mior (Oh Chentaku) bakal muncul dalam program travelogue musim terbaharu Ke Indonesia ke Kita, yang akan ditayangkan mua 7 April ini di TV9.

Selain itu dia bakal melancarkan jenama kopinyanya yang di beri nama LifeStyle Wak Doyok di pasaran Indonesia tidak lama lagi dan membuka kedai gunting rambut yang di beri nama Shinos Barber Shop di Seksyen 15, Shah Alam dalam masa terdekat ini.

"Sewaktu jalani penggambaran 'Ke Indonesia ke Kita', saya ada dijemput untuk satu program talkshow yang popular di Indonesa, Ini Talkshow.

"Selepas tu beberapa peluang terbuka untuk saya di sana termasuklah peluang untuk pasarkan kopi jenama saya sendiri di sana. Saya juga ada diundang sebagai tetamu jemputan untuk lima lagi program TV di sana.

"Selain itu, baru-baru ini saya mengarah sebuah filem pendek berjudul Kayuh, untuk projek Ikal Mayang sempena Hari Wanita Sedunia.

"Pada Ogos nanti saya juga terlibat dengan KL Fashion Weeks. Saya berkolaborasi dengan seorang pelajar Fesyen dari UiTM berama Meg dan saya sebagai stylish untuk 'Street Wear' dan 'Mens Wear'", katanya.

- mD