Sat11252017

LAST_UPDATESat, 25 Nov 2017 2am

Sufie Diliwat Seperti Suami Isteri

Sufie rashid (tengah) ketika membuat pendedahan dlm satu majlis sidang media di istana budaya,malam tadi Sufie rashid (tengah) ketika membuat pendedahan dlm satu majlis sidang media di istana budaya,malam tadi

"Saya juga salah seorang mangsa dia. Malah, saya pernah diperlakukan lebih teruk daripada apa yang Tegar alami.

"Saya sudah lama berdendam dengan dia. Sudah lama saya pendam semua ini tetapi hari ini saya nekad dedahkan semua perbuatan keji dia.

"Saya tidak mahu ada orang lain lagi yang jadi mangsanya," itu kata penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid yang juga merupakan anak tiri kepada Mohammad Arif Dolah iaitu bekas pengurus Tegar yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap penyanyi remaja itu.

Sufie, 23, muncul bersama Tegar dan membuat pengakuan tersebut dalam satu sidang media khas di Istana Budaya, Kuala Lumpur, tengah malam tadi. Turut hadir pihak label Tegar iaitu pemilik Harpa Record, Handako Kusuwo serta bapa Tegar iaitu Jusup Suhardi.

Tambah Sufie, dia mula memberanikan diri tampil selepas mendengar berita laporan beberapa minggu lalu mengenai Tegar ditipu. Sejak itu dia mula yakin ada sesuatu yang telah berlaku ke atas diri Tegar.

Mujurl dia mengenali Ali iaitu wakil pihak pengurusan Tegar lalu meminta membawanya berjumpa dengan Tegar.

"Sebelum ini saya pernah mendengar yang dia menguruskan Tegar. Masa itu saya hanya mendoakan yang terbaik untuk Tegar.

"Tapi selepas saya mendengar mengenai berita Tegar ditipu pengurus, saya sudah dapat rasakan sesuatu. Lalu saya berjumpa degan Ali dan membawa saya berjumpa dengannya.

"Saya berkongsi cerita saya dengan Tegar dan selepas memujuk Tegar, barulah dia berterus terang dengan saya yang dia juga alami perkara itu.

"Apa yang boleh saya katakan, perlakuannya terhadap saya melampau, pernah seperti sudah sampai tahap ibarat suami isteri," katanya yang juga mengalami gangguan seksual daripada Arif sewaktu di usianya 13 tahun.

Menurut Sufie, Arif pernah menguruskan kerjaya seninya sebelum lelaki itu mengahwini ibunya. Menyifatkan Arif seorang lelaki yang bijak memanipulasi fikiran ibunya, selepas berkahwin, Arif berterusan mengambil kesempatan terhadap dirinya dan perkara itu berlanjutan selama setahun setengah.

"Saya pernah beritahu ibu saya mengenai perbuatan dia. Ketika itu ibu saya tidak percaya dan menuduh saya mereka-reka cerita. Saya pernah lari dari rumah kerana sudah tidak tahan dengan perkara ini. Saya pernah cuba hendak bunuh dia tetapi ibut saya buat laporan polis dan menyalahkan saya. Sewaktu itu semua orang tidak percayakan saya.

Dia (Arif) bijak memanipulasi ibu saya dan dia panada buat semua orang saya dia, suka dia dan kasihan pada dia," katanya yang mengakui mengakui mengalami trauma akibat perkara itu namun kini semakin pulih selepas menjalani sesi kaunseling.

Dalam pada itu Sufie berkata pendedahannya ini bukan sengaja meraih populariti tetapi dia mahu menhentikan perbuatan terkutuk Arif dan berharap lelaki itu menerima hukuman yang setimpal.

"Mungkin orang akan cakap saya sengaja mahu raih populariti, atau mahu malukan diri. Tapi saya sudah fikir masak-masak. Niat saya adalah mahu hentikan perbuatan dia.

"Saya harap pendedahan ini dapat beri pengajaran kepada semua," katanya yang turut memaklumkan sudah membuat laporan polis kira-kira sebulan yang lalu.

Baca lagi : Kemaluannya Terkena Dubur Saya! - Tegar
              Pengurus Nafi Liwat Tegar
              Tegar Didera Pakai Seluar Dalam & Mandi Bersama

 

 

- mD