Mon11202017

LAST_UPDATEMon, 20 Nov 2017 2am

Ramli MS Romantik & Pandai Masak Nasi Lemak

Kad ucapan (gambar kanan) daripada Alyah untuk suaminya Datuk Ramli MS sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua, tanggal 18 Mac 2015. Kad ucapan (gambar kanan) daripada Alyah untuk suaminya Datuk Ramli MS sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua, tanggal 18 Mac 2015.

Hanya kerana tidak memakai cincin kahwin, timbul pelbagai spekulasi dan tanda tanya tentang rumah tangganya.

Menepis khabar angin tersebut yang tersebar baru-baru ini, penyanyi Alyah menjelaskan isu tersebut tidak mengugat kebahagian rumah tangganya yang dibina bersama pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.

"Saya masih lagi isteri orang iaitu Datuk Ramli MS. Tiada apa-apa perkara buruk yang berlaku. Semua perkara negatif yang timbul itu, tidak benar.

"Saya jarang pakai cincin kahwin saya ketika waktu bekerja sebab saya ni seorang yang pelupa. Kadang-kadang bila waktu kerja saya perlu pakai aksesori yang sama dengan baju dan perlu tanggalkan cincin kahwin.

"Cincin perkahwinan adalah sesuatu yang bernilai, jadi nanti kalau saya leka dengan kerja, saya takut cincin tu hilang.

"Kalau saya pakai pun, hanya untuk majlis-majlis tertentu. Jadi, tidak timbul isu saya bukan lagi isteri dia," jelasnya ketika ditemui pada majlis sidang media sempena Minggu Setiausaha An Echanted Hi-Tea With Alyah, semalam.

Tambah pelantun lagu Sesal Separuh Nyawa ini, walaupun ujian dan dugaan yang menimpa rumah tangganya sejak awal perkahwinan, dia masih bersyukur kerana ikatan cinta mereka teguh sehingga ke hari ini.

Lebih manis semalam, juga merupakan hari ulang tahun kedua perkahwinan mereka.

"Banyak yang saya belajar dalam masa beberapa bulan ini dengan segala kontroversi yang mengaitkan diri saya. Tipu jika saya kata tidak sensitif sebab rasa sebagai seorang perempuan, pasti perasaan itu ada dalam diri kita.

"Tidak semua orang suka melihat kita gembira dan berjaya tetapi dalam masa sama, saya juga tidak boleh puaskan hati semua orang.

"Kita pun tak boleh tutup mulut orang dari terus berkata tentang kita. Saya redha kalau ada yang benci saya. Asalkan kita tahu siapa diri kita dan saya juga berharap semua mendoakan yang baik-baik untuk saya," katanya turut mengucapkan syukur kerana selain keluarga dan teman rapat peminat dia sentiasa mendapat sokongan peminat.

Sempat ditanya apa istimewanya sambutan ulang tahun perkahwinan mereka kali ini, Alya menyatakan apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini memberi 1001 hikmah buat dirinya.

"Alhamdulillah, kehidupan saya kini okay. Saya menjalani rutin seperti biasa. Sekarang saya jadi lebih matang dan tahu bagaimana untuk melalui kehidupan.

"Walaupun orang kenal dia sebagai seorang yang garang tetapi dia juga sebenar romantik cuma dia tak tunjuk depan kita.

"Macam hari ini, dia nak masakkan saya nasi lemak sempena meraikan ulang tahun kami," kongsinya sambil tersenyum.

Sementara mengenai perkembangan kerjaya pula, Alyah buat pertama kalinya akan mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha di restoran berputar Atmosphere Menara KL pada 20 April depan.

Selain itu Alyah bakal melancarkan single terbarunya berjudul Syurga. Lebih bermakna, lagu tersebut adalah ciptaannya bersama komposer Omar K.

"Single terbaru saya berjudul Syurga akan dilancarkan tidak lama lagi. Lebih bermakna, lirik lagu itu hasil ciptaan dan mengisahkan mengenai diri saya juga luahan saya mengenai apa yang telah saya lalui dan tempuhi sehingga hari ini," katanya yang juga dalam perancangan muncul dengan album terbaharu yang dijangka akan berada di pasaran sebelum menjelang Ramadan nanti.

-mD