Sat11252017

LAST_UPDATESat, 25 Nov 2017 2am

Running Man Berlari Ke Tasik Bakun, Sarawak

..

Jika tahun lalu kunjungan lima daripada mereka ke Kuala Lumpur membuatkan ramai peminat mereka tidak keruan.

Begitu juga, satu berita gembira buat semua peminat artis Korea khususnya pengikut setia rancangan 'game show' popular terbitan SBS Korea, Running Man, apabila mereka sekali lagi akan kembali ke sini.

Apa yang menarik perhatian, tujuh peserta program ini akan bersama menjejak kaki bertemu peminat Malaysia.

Difahamkan kesemua hos iaitu Yoo Jae-suk (42 tahun), Kim Jong-kook (38 tahun), Gary (37 tahun), Haha (35 tahun), Song Ji-hyo (33 tahun), Lee Kwang-soo (29) dan Ji Suk-jin (48 tahun) akan menjalani penggambaran Running Man di Tasik Bakun, Sarawak pada April depan.

Difahamkan, pemilihan lokasi tersebut dibuat kerana ia mempunyai landskap yang cukup menarik dengan pelbagai biodiversiti.

Selain tujuan menjadikan Tasik Bakun sebagai lokasi penggambaran, Running Man juga merupakan antara tetamu khas yang akan menghadiri Festival Filem Antarabangsa Asia (AIFFA 2015) yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 9 sehingga 11 April depan.

Selain Running Man, majlis kemuncak anugerah itu nanti akan turut dihadiri selebriti popular serata asia dan antarabangsa termasuk Datuk Jackie Chan.

Runnng Man sebelum ini pernah berkunjung ke Malaysia menerusi acara 'Running Man Fan Meeting Race Start Season 2 in Malaysia' yang diadakan di Stadium Negara pada November tahun lalu.

Namun, ketika itu hanya Kwang Soo, SeokJin, Jihyo, JongKook dan HaHa sahaja yang hadir sementara dua lagi hos terikat dengan komitmen di Korea.

- mD