Sat11182017

LAST_UPDATEFri, 17 Nov 2017 11pm

Yatt Izin Suami Nikah Wanita Syria

Kredit foto Instagram Yatt HamzahKredit foto Instagram Yatt Hamzah

Kisah pergolakan rumah tangga Yatt Hamzah, 35, yang tersebar baru-baru ini sangat mengejutkan sekaligus menimbulkan tanda tanya ramai pihak berhubung status sebenar perkahwinan selebriti dan aktivis yang aktif dengan misi kemanusiaan ini.

Namun, Yatt menyatakan pemergiannya ke Syria bersama suaminya Abdul Mutalib, pada 25 Februari sehingga 6 Mac lalu untuk satu misi kemanusian telah membawa seribu satu hikmah buat mereka suami isteri.

"Saya tahu ramai yang terperanjat dengan berita itu tetapi apabila saya ke Syria, kisah rumah tangga kami mula reda.

"Alhamdulillah. Ini bukan perancangan saya tetapi semua perancangan Allah.

"Sebagai manusia, kita semua buat salah. Inilah mungkin kesilapan saya. Anggaplah saya manusia biasa yg penuh dengan khilaf dan saya buat silap.

"Namun, apa yang saya boleh katakan, pemergian saya ke Syria memberi hikmah yang sangat besar kepada saya dan suami," katanya sambil tersenyum ketika ditemui pada ajlis pembukaan butik Rumoda, baru-baru ini.

Dia berkata demikian ketika ditanya mengenai kes perceraian yang difailkan terhadap suaminya Abdul Mutalib Abdul Shukor, 35, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 24 Oktober lalu.

Jelasnya, salah satu pengajaran yang diperolehi sewaktu di sana ketika dia berpeluang bertemu dengan beberapa balu yang baru kematian suami.

Melihat wanita-wanita tersebut yang mempunyai semangat yang kuat walaupun berdepan dengan dugaan yang sangat besar, lantas menyedarkan Yatt betapa krisis rumah tangga yang dihadapinya ketika itu sekadar masalah yang kecil.

Paling menyentuh hatinya ialah apabila ada seorang balu menunjukkan sebuah video suaminya yang mati ditembak di kepala.

"Sebelum ini saya rasa masalah yang saya hadapi sangat besar. Saya rasa diri saya seorang yang malang.

"Tetapi sewaktu di Syria, saya sedar yang rupanya ada lagi insan-insan lain yang berdepan dengan dugaan dan ujian dari Allah yang sangat besar berbanding diri saya.

"Seorang balu namanya Wahidah. Dia tunjukkan saya sebuah video yang merakamkan saat kepala suaminya berkecai ditembak. Saya mengigil apabila ditunjukkan video itu.

"Saya terus terfikir dari mana datangnya kekuatan semangat wanita itu yang boleh berkongsi dengan saya satu video mengenai suaminya. Saya kagum dengan semnagat wania itu kerana betapa tabah dan redanya dia menghadapi ujian Allah.

"Wanita-wanita di sana sanga kuat semanagat meskipun mereka kematian suami atau anak," ceritanya dengan nada sebak.

Dalam pada itu dedah Yatt, ada satu ketika dia berseloroh dengan Mutalib memberi izin jika suaminya itu mahu mengahwini mana-mana wanita di sana.

"Perempuan-perempuan di sana yang kebanyakannnya balu semuanya lawa-lawa. Walaupun mereka berpurdah tetapi apabila kami semua di dalam bilik, mereka buka purdah. Saya dan Heliza terpegun dengan kecantikan wajah mereka.

"Saya ada bergurau dengan suami, saya kata, jika dia ingin berkahwin dengan mana-mana wanita itu saya izinkan.

"Saya juga ada beritahu wanita-wanita tersebut yang di dalam misi rombongan kami ini ada ramai lagi yang bujang dan belum berkahwin.

"Tapi jawab wanita-wanita itu, mereka tidak akan berkahwin dengan lelaki lain kerana suami mereka menunggu mereka di sana (syurga). Ada juga berkata pada saya, mereka mahu besarkan anak-anak mereka kerana anak-anak mereka mahu menjadi pejuang seperti ayah mereka.

"Bila saya dengar jawapan mereka, rasa macam tertampar saja. Saya juga malu dengan diri saya kerana masalah yang sekecil ini Allah uji saya, saya sudah bertindak bodoh dengan failkan cerai.

"Alhamdulillah, Allah hantar saya dan suami ke Syria telah memberi banyak kebaikan. Kami menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Saya harap semua dapat mendoakan kami," katanya.

- mD