Sat11182017

LAST_UPDATEFri, 17 Nov 2017 11pm

Mia Ahmad Di Tangkap Khalwat?

..

Reda isu perceraian sepasang suami isteri yang mengaitkan namanya sekitar beberapa bulan lalu, tiba-tiba nama Mia Ahmad kembali menjadi bualan hangat pengguna laman media sosial.

Lebih memeranjatkan heroin drama Hati Perempuan ini dikaitkan pula dengan konrtroversi kes tangkap khalwat terhadap seorang wanita.

Pada 12 Jun lalu, tersebar sekeping gambar dan berita kononnya seorang wanita yang merupakan seorang selebriti telah dicekup pihak jabatan agama Islam di sebuah lokasi di ibu negara.

Artis tersebut didakwa adalah Mia Ahmad atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut adalah palsu dan disifatkan sebagai satu fitnah cubaan menjatuhkan populariti pelakon berusia 27 tahun ini oleh seorang pengguna laman sosial yang tidak bertanggungjawab.

Sebaliknya, difahamkan ketika kejadian, Mia sedang berada di Bangkok, Thailand.

Aktres itu dikatakan mengikuti rombongan RichValleyTravel iaitu sebuah agensi yang menawarkan pakej percutian juga umrah.  

Sementara itu, Mia menerusi sebuah video yang dimuat naik pada 16 Jun lalu menerusi blog miliknya mengesahkan dia berada di Bangkok dan akan berangkat pulang ke ibu negara.

 

- mD