Sat11182017

LAST_UPDATEFri, 17 Nov 2017 11pm

Jinwoon (2AM) Rasai Pengalaman Suasana Solat Jumaat

Barisan hos Law of The Jungle bersama seorang lelaki didakwa Imam Masjid  Sultan Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. Barisan hos Law of The Jungle bersama seorang lelaki didakwa Imam Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Sejak beberapa jam lalu, pengguna laman sosial Twitter gempar dengan foto didakwa selebriti popular Korea iaitu salah seorangnya mirip anggota kumpulan 2AM, Jinwoon lengkap berpakaian baju melayu dan bersongkok dan kelihatan berada di sebuah masjid.

Selepas membuat penelitian dan mendapatkan beberapa maklumat, Malaysian Digest mendapati memang individu tersebut adalah Jinwoon.

Difahamkan, dia bersama beberapa lagi artis popular Korea kini berada di Brunei untuk menjalani penggambaran program realiti, Law of the Jungle.

Jinwoon atau nama sebenarnya Jeong Jin-woon, 24, tiba di Brunei semalam bersama lima lagi hos program iaitu pelakon Shim Hyung Tak, pelawak dan pelakon Kim Byung Man, pelakon Do Sang Woo, pelawak berdarah kacukan Korea-Australia Sam Hamington juga penyanyi dan pelakon Nam Gyu Ri serta diiringi beberapa kru produksi.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian, kebetulan memandang semalam adalah Jumaat, mereka turut mengambil peluang merasai sendiri pengalaman suasana solat Jumaat yang diadakan di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Beberapa peminat sempat merakam gambar Jinwoon bersama 4 hos lelaki yang lain segak dengan berpakaian baju Melayu dan sedang duduk di dalam masjid berkenaan dan seperti sedang mendengar khutbah.

..

Menerusi satu video yang dirakamkan peminat, di satu ketika kedengaran azan sedang berkumandang dan mereka duduk dan mendengar laungan azan.

Aksi hos Law of the Jungle ini dapat pujian ramai pengikut Twitter yang memuji kesungguhan Jinwoon dan kawan-kawannya untuk merasai pengalaman bagaimana konsep kehidupan masyarakat Islam.

Difahamkan, mereka akan berada di Brunei slama 10 hari untuk menjalani penggambaran di sekitar negara tersebut tetapi lokasi sebenarnya dirahsiakan.

Law of the Jungle terbitan saluran SBS Korea adalah sebuah program yang memaparkan tentang pengalaman hosnya melakukan tugasan sekaligus menyahut cabaran bagaimana mereka mejalani kehidupan dan memahami budaya dan masyarakat di sesebuah negara atau tempat yang dikunjungi.

Omomo #semogamerekadikurniakanhidayah #aminyarabbalalamin #HappyIftar #wishicanseehowhyungtak respondtothistho #SalamJumaat ・・・ Repost syiqin_a They listened to the azan during jumaat prayer. They were like "WOW" and Jinwoon praised it by showing a 'thumb up' #Lawofthejungle #jinwoon #kimbyungman #ShimHyungtak #DoSangwoo #samhammington #2AM #sbs #Brunei #SOAS