Sun03262017

LAST_UPDATESun, 26 Mar 2017 3pm

Nabila Beri Amaran, Larang Sharnaaz Berlakon Babak Panas

..

Bakal isteri pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila tidak membenarkan aktor itu menerima tawaran melakonkan babak-babak panas yang boleh menjejaskan rumah tangga mereka yang bakal dibina.

Memetik laporan mStar online, Nabila yang juga merupakan kakak kepada aktres Neelofa berkata, dia berharap Sharnaaz dapat menjaga batas-batas selepas bergelar seorang suami.

"Jangan cari pasal, saya tidak benarkan kalau dia berlakon babak-babak panas seperti dalam filem Hollywood tu.

"Tapi di Malaysia sekarang ramai sudah pelakon wanita bertudung dan tidak perlu babak panas untuk menimbulkan rasa romantik. Banyak sahaja drama yang mendapat perhatian tanpa melakukan adegan seperti itu.

"Pada saya dia sendiri sudah tahu batas-batas yang perlu dijaga olehnya selepas berkahwin nanti," katanya.

Pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 di kediaman wanita itu di Duta Tropika, pada malam Jumaat.

Manakala majlis resepsi akan berlangsung pada 2 April di Kuala Lumpur dan 16 April di Pulau Pinang.

Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia menerima tajaan 90 peratus pada majlis di kampung halamannya yang bakal berlangsung di G Hotel di Gurney Plaza, Pulau Pinang.

Tambahnya, dia juga sedang mempertimbangkan beberapa tawaran lain untuk menaja majlis perkahwinan mereka itu.