Tue04252017

LAST_UPDATEMon, 24 Apr 2017 9pm

Terima Banyak Kecaman, Mariah Carey Berehat Dari Media Sosial

..

Mariah Carey memberitahu dia berhasrat untuk berehat daripada memiliki media sosial bagi memberi ruang untuk dirinya bersama orang tersayang.

Mariah menerusi sebuah rakaman suara yang dimuat naik di laman Twitter rasminya berkata, dia akan meneruskan kerjaya sebagai seorang penyanyi profesional.

Dia juga ingin menumpukan perhatian terhadap persiapan konsert jelajah yang bakal bermula pada Mac depan.

"Saya tidak akan aktif di media sosial, walaupun begitu saya tetap meneruskan kerjaya sebagai seorang penyanyi profesional. Ini adalah waktu yang penting untuk meluangkan masa bersama keluarga dan orang tersayang," ujarnya.

Mariah bertindak demikian selepas menerima terlalu banyak kecaman di media sosial selepas kejadian memalukan pada persembahan malam tahun baharu 2017.

Penyanyi tersebut gagal menyanyi dengan baik pada siaran langsung di Times Square New York.

Bagaimanapun, dalam kenyataan kepada media berhubung perkara itu, pihak pengurusannya menjelaskan ia disebabkan masalah teknikal yang tidak dijangka sehingga menggangu persembahan itu.